web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Video Pembaca Berita Itu Sudah Diedit, Wajah Sebenar Cantik Dan Manis'

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2023 9:18PM

Tangkap layar pembaca berita RTM yang sebenarnya telah disunting untuk memberi efek hodoh - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Paparan wajah pembaca berita RTM yang disolek dengan hodoh ketika menyampaikan berita, seperti ditularkan di media sosial semalam sebenarnya sudah diedit.

Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu sudah tampil memohon maaf.

Menerusi ciapan di X beliau berkata, orang ramai juga seharusnya mengambil pendekatan untuk tidak menyebarkan sesuatu info dengan mudah demi konten.

“Orang yang edit video RTM ini yg (yang) telah “menghodohkan” wajah wartawan RTM yg manis telah meminta maaf kepada RTM.  

“Jangan sebar and share benda yg tak betul,” katanya.

Jelas Suhaimi, beliau juga telah meminta individu terbabit memohon maaf kepada pembaca berita berkenaan dan orang ramai kerana telah menyebarkan info yang mendatangkan kekeliruan.

“Saya dah minta dia minta maaf elok-elok to not only our presenter but the public as the public been misled by him,” katanya.

Sebuah portal beberapa jam lalu dikesan memuat naik hantaran memaparkan tangkap layar video pembaca berita terbabit, yang didakwa tidak disolek dengan baik, sehingga memberikan efek ‘menggerunkan’.

Menurut laporan, video itu tular di TikTok, malah netizen menyamakan pembaca berita tersebut dengan Suzana, iaitu pelakon wanita Indonesia yang masyhur dengan watak hantu dikenali sebagai Sundel Bolong. 

Pada hakikatnya, pembaca berita terbabit,  Nor Amalina Abdul Halim ialah seorang wanita cantik manis berkulit cerah. - Getaran, 11 November 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 minggu yang lalu

Ustaz Don Hanya Tahu Direhatkan Terus Dari Salam Baitullah Menerusi X, JAKIM Kata Isu Kecil 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

KKD Pandang Serius Projek Sakit Di Bawah Kementerian - Fahmi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Berusia 56 Tahun, Bernama Terus Komited Menjadi Sumber Berita Nombor 1 Negara

4

Semasa 1 tahun yang lalu

KKD Beri Perhatian Bendung Penyebaran Ekstremis Militan

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Allahyarham Mansor Puteh Pernah Derma Darah 631 Kali

Semasa 8 jam yang lalu

‘Persembahan Untuk Maal Hijrah Berdasarkan Tafsir Ilmi Kejadian Langit Dan Bumi’ - JAKIM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet – PERHILITAN

Semasa 1 hari yang lalu

Suami Isteri, Anak Nyaris Lemas Kereta Terhumban Dalam Sungai