web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RUU Anti Lompat Parti Bukti Ahli Parlimen 'Cemari' Mandat Rakyat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 8:45PM

Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti mendapat sokongan lebih dua pertiga ahli dewan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Rang Undang Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti yang diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini membuktikan pemimpin negara sedang mencemari mandat diberikan rakyat.

Penyandang Kursi Penyelidikan Tan Sri Empiang Jabu (TSEJRC), Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Datuk Dr Jayum Jawan berkata, kewujudan RUU itu bermakna wakil rakyat akan disekat untuk melakukan apa yang terbaik buat kawasan mereka.

Dr Jayum Jawan - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Dr Jayum Jawan - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Menurut beliau, RUU tersebut seharusnya tidak dilaksanakan kerana rakyat mempunyai kuasa memilih Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), namun konsep demokrasi diamalkan harus dimatangkan bagi memilih pemimpin yang berwibawa.

“Saya tidak bersetuju dengan tindakan 209 Ahli Parlimen menyokong RUU Anti Lompat Parti. Patutnya kita semua kecewa kerana dihina oleh pemimpin yang tidak menghormati pilihan dibuat rakyat. Mereka yang melompat pun bukan semua, cuma seorang dua sahaja.

“Disebabkan satu masalah kecil, (terus) buat undang-undang yang membawa negara ke arah totalitarianisme. Sepatutnya demokrasi ikut suka rakyat. Kalau orang ramai tidak setuju, jangan undi figura itu ketika pilihan raya umum (PRU). Jadi, sebenarnya nak marah sistem atau Ahli Parlimen itu satu (tindakan) keterlaluan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika diundang sebagai ahli panel pada Forum Bicara Nasional : Senario Politik Semasa Di Malaysia anjuran Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, hari ini.

Selain Jayum, ahli panel lain adalah Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose dan Profesor Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Datuk Dr Ismail Sualman yang dipengerusikan Profesor di Jabatan Pengajian, Kenegaraan dan Ketamadunan UPM, Profesor Dr Zaid Ahmad.

Jayum berkata, tindakan Ahli Parlimen atau ADUN melompat parti sebenarnya mencerminkan keadaan rakyat itu sendiri.

“Sekiranya ada ahli politik melompat, ia mencerminkan diri anda. Kuasa sebenar ada pada pengundi ketika memilih 222 Ahli Parlimen semasa PRU. Kita juga boleh turunkan mereka bila-bila masa kerana undi itu merupakan tanggungjawab dan kaedah dalam proses demokrasi,” katanya.

Dr Raduan Che Rose - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Dr Raduan Che Rose - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Sementara itu, Ketua Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, pewartaan RUU terbabit dijangka lebih mematangkan demokrasi Malaysia, dan berupaya memacu kemajuan pembangunan negara mengikut acuan sendiri.

"Dengan pewartaan RUU itu nanti, saya kira ia boleh dikuatkuasakan sebelum PRU atau awal tahun depan dan menjadikan demokrasi negara ini lebih matang. Budaya lompat ini sudah lama, namun lebih tertumpu di Sabah atau Sarawak dan tidak memberi kesan pada kestabilan politik.

“Selepas Mei 2018, rakyat Malaysia menyaksikan ‘pemerkosaan’ ke atas sistem demokrasi negara. Prinsip itu disiat depan mata dan kita sebagai rakyat hanya mampu melihat, kononnya ingin membentuk kerajaan lebih baik," katanya.

Tegas Raduan, rakyat sudah muak dengan apa yang berlaku dalam tempoh selepas PRU-14 dan semua pihak terutamanya ahli politik perlu bertanggungjawab dengan kegagalan ini.

"Manifestasi kemarahan rakyat ini boleh dilihat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor, Melaka dan Sarawak, bila hanya 64.8 peratus pengundi keluar mengundi di Melaka, 58 peratus (Johor) dan 64 peratus (Sarawak). Protes itu kerana rakyat muak apabila demokrasi dirobek.

"Nasib baik 209 Ahli Parlimen bersetuju meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti. Beberapa hari lalu ia diluluskan di Dewan Negara. Sekarang kita cuma tunggu ia diwartakan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, keghairahan berpolitik menyebabkan rancangan pembangunan negara terpinggir dan tidak diberikan tumpuan oleh kerajaan.

"Sejak merdeka, Malaysia menyusun pembangunan melalui Rancangan Malaysia (RM) hinggalah ke Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), tapi saya sedikit terkilan kerana RMK11, kita tidak membuat semakan semula laporan prestasinya hanya kerana pandemik COVID-19 dan kesan kemerosotan ekonomi global.

"RMK12 ini pun seperti tidak berjalan dengan baik, malah berdasarkan ukuran prestasi ekonomi dan pembangunan, nampaknya Malaysia tujuh atau lapan tahun ke belakang. Sayang, kerana kita sudah berpencak silat tetapi akhirnya jadi 'silat pulut' kerana terlalu banyak berpolitik," katanya. - Getaran, 11 Ogos 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 13 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan