web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pahang Tak Benar Imam Luar Pimpin Solat Tarawih Di Masjid, Surau

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2021 3:50PM

Gambar sekadar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Imam dari luar Pahang termasuk dari pondok atau maahad tahfiz tidak dibenarkan memimpin solat tarawih di masjid atau surau di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) pengimarahan masjid dan surau di negeri itu sepanjang Ramadan juga tidak membenarkan penceramah jemputan dari luar Pahang selain menetapkan tiada tazkirah tarawih.

“Solat tarawih perlu selesai selewat-lewatnya 10 malam. Tazkirah yang dibenarkan ialah selepas solat Zohor dan sebelum solat Jumaat dengan tempoh maksimum 15 minit.

“Aktiviti tadarus dan khatam al-Quran dibenarkan selepas solat Subuh hingga sebelum Maghrib manakala Qiamullail dibenarkan pada 10 malam terakhir mulai 3 pagi hingga solat Subuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Rosdy berkata sepanjang Ramadan, penyertaan pelajar dari sekolah berasrama dan kanak-kanak bawah tujuh tahun untuk solat tarawih di masjid atau surau tidak dibenarkan, namun asrama sekolah dibenarkan untuk menganjurkan solat tersebut.

Jumlah jemaah pula menurut Wan Rosdy, adalah mengikut kapasiti ruang solat dengan penjarakan fizikal yang perlu dikawal oleh pengurusan masjid dan surau, selain aktiviti berkumpul selepas solat tarawih tidak dibenarkan.

Bagi program berbuka puasa dan moreh, Wan Rosdy berkata pengurusan masjid dan surau perlu menyediakan makanan secara berbungkus dengan jemaah hanya dibenarkan membawa pulang makanan berat selepas berbuka jika ada dan juadah moreh.

“Aktiviti sahur hanya dibenarkan pada 10 malam terakhir dengan syarat makanan juga secara berbungkus. Aktiviti penyediaan makanan untuk iftar, moreh dan sahur secara bergotong-royong di masjid dan surau tidak dibenarkan,” katanya.

Wan Rosdy berkata pihak berkaitan juga akan membuat pemantauan secara mengejut dan masjid atau surau yang didapati melanggar SOP selain berlaku penularan COVID-19 akan dikenakan tindakan pembatalan kebenaran mengadakan aktiviti Ramadan.

Arahan pembatalan kebenaran juga terpakai jika masjid atau surau gagal mengawal jumlah jemaah atau melakukan aktiviti di luar waktu dibenarkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Hebat Awak Dik!

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

3

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Harap Pihak Masjid Beri Penjelasan, Ramai Dah Keliru Ni

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Buli Siber Dibentang Ke Jemaah Kabinet Minggu Depan

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Cari Lokan: Kanak-Kanak Maut Terjatuh Tasik

Semasa 18 jam yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM