web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Algeria Ketuk Kepala Polis Guna Tukul Disyaki Alami Masalah Mental

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 8:05PM

Noor Dellhan Yahaya - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Algeria yang menyerang dua anggota polis dengan menggunakan tukul besi hingga cedera dalam kejadian di Pos Pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, semalam dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, suspek berusia 30 tahun itu kini dalam proses pemeriksaan kesihatan oleh pihak hospital.

“Individu tersebut akan dituduh di mahkamah selepas dibenarkan keluar dari Wad Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam masa terdekat.

“Kertas siasatan berhubung kes ini dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini dan mendapat arahan tuduh mengikut Seksyen 353/447 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek yang juga gelandangan masih menerima rawatan di HKL.

Terdahulu, Getaran melaporkan, dua anggota polis cedera selepas diserang seorang lelaki warga Algeria dengan menggunakan tukul besi ketika sedang bertugas di pos pengawal IPKKL.

Dalam kejadian pada jam 1.40 pagi itu, suspek dikatakan ke pondok pengawal terbabit secara bersendirian sebelum didatangi seorang daripada anggota polis berkenaan yang cuba bertanya tujuan dia ke IPPKL.

Bagaimanapun, difahamkan, suspek tiba-tiba mengeluarkan tukul besi dari belakang badannya dan mengetuk kepala anggota itu hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.

Suspek kemudian meluru masuk ke kawasan IPKKL sebelum mengejar seorang lagi anggota pengawal sambil mengetuk belakang badan individu terbabit. - Getaran, 24 Ogos 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini