web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Segerakan Penguatkuasaan Pindaan Akta Kerja - Syed Saddiq

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2022 8:08PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pindaan Akta Kerja 1995 yang ditangguhkan ke 1 Januari tahun depan harus segera dilaksanakan.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, penangguhan itu memperlihatkan kerajaan seolah-olah tidak mengambil berat kebajikan rakyat.

“Akta Kerja (pindaan) dah lulus Mac lepas, namun semalam menteri umum untuk tangguh.

“Empat bulan dia tangguh pindaan yang sepatutnya sudah boleh dikuatkuasakan segera. Kenapa seolah-olah tidak kisah dengan kebajikan golongan pekerja?“ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan mengumumkan penangguhan Akta Kerja 1995 kepada 1 Januari tahun depan, selepas mengambil kira permintaan dan rayuan pelbagai pihak, khususnya majikan.

Ia pada asalnya dijadual berkuatkuasa 1 September. 

Syed Saddiq turut mempersoalkan kewajaran penangguhan itu, yang menjadikan permintaan pihak industri sebagai alasan.

“Persoalan saya kenapa ? Ini kerana akta ini telah pun diluluskan pada Mac. Cuba kalau akta ini dapat memberikan menfaat kepada menteri atau ahli politik yang lain?

“Pasti hari ini lulus, esok dah kuatkuasakan! Jangan cari alasan, tapi segeralah laksanakan!,” katanya, sinis. - Getaran, 27 Ogos 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka