web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cuba Ceroboh Perairan Negara, 4 Nelayan Indonesia Diusir Pulang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2021 8:42PM

Nelayan asing bersama tong jerikin dipercayai berisi minyak diesel ditemui bersembunyi di muara sungai Kampung Membelua, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Taktik empat lelaki warga Indonesia bersembunyi dalam sebuah bot di muara sungai Kampung Membelua, di sini, tidak menjadi apabila kehadiran mereka berjaya dikesan penduduk kampung, semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, dua penduduk kampung ternampak sebuah bot asing di tebing sungai yang ditutup dengan kanvas.

Curiga melihat keadaan itu, penduduk kampung berkenaan bertindak menghubungi beberapa orang lagi rakan mereka untuk melakukan pemeriksaan di situ.

Seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Rahmat berkata mereka tidak melihat sebarang kelibat manusia di sekitar bot, seolah-olah ia sudah ditinggalkan pemiliknya.

“Biasanya kami saling mengenali setiap bot milik penduduk membabitkan tiga kampung iaitu Membelua, Batu Payung dan Tinagat.

“Namun, bot ini tidak dikenali selain tiada nombor pendaftaran di bahagian hadapan,” katanya.

Menurut Rahmat, mereka yang curiga dengan keadaan itu bertindak memeriksa bot kayu berkenaan, sebelum menemui empat lelaki yang bersembunyi di bawah kanvas.

“Sudah tentu kami terkejut dan mengarahkan mereka agar tidak melarikan diri.

“Turut ditemui kira-kira 10 tong jerikin dipercayai berisi minyak diesel dalam bot berkenaan,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Suhaimi Razak, 31, berkata, empat lelaki berkenaan mengaku dari Indonesia dan mendakwa hanya mahu merawai (menangkap ikan) di sini.

“Namun, kami tidak menemui sebarang alat merawai sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tujuan sebenar mereka ke mari.

“Jika mahu menangkap ikan sekali pun, mengapa bersembunyi di muara sungai dan tidak berada di laut,” katanya.

Enggan mengambil risiko serta bersubahat terhadap sebarang salah laku membabit pencerobohan perairan negara, penduduk kampung kemudian bertindak menghubungi pihak berkuasa.

Sementara itu, Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Nazari Ismail mengesahkan penahanan empat nelayan berkenaan.

“Terdapat seorang juragan dan tiga anak kapal berusia antara 30 hingga 50 tahun dalam bot dari Sungai Nyamuk, Indonesia itu.

“Semua suspek tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan mendakwa mahu menangkap ikan di perairan negara,” katanya.

Beliau memberitahu, siasatan terperinci dilakukan sebelum semua mereka diusir pulang ke Indonesia pada hari yang sama.

“Terdahulu semua suspek diberi penerangan mengenai Akta Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1998, membabitkan usaha kerajaan memutuskan rantaian COVID-19.

“Tiada sebarang rampasan dilakukan dan laporan polis juga dibuat sebelum tindakan pengusiran dilakukan,” katanya. - Getaran, 7 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

2

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

PEMILU 2024: Pemimpin Dunia Ucap Tahniah Kepada Prabowo

4

Luar Negara 4 bulan yang lalu

PEMILU: Puluhan Cedera Dalam Pertempuran Di Papua

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Tragedi Cari Lokan: Kanak-Kanak Maut Terjatuh Tasik

Politik 1 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Suami Isteri, Anak Nyaris Lemas Kereta Terhumban Dalam Sungai

Semasa 12 jam yang lalu

Pertabalan Agong: Sultan Brunei Berkenan Berangkat, Serlah Hubungan Akrab Dengan Malaysia