web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sambutan ‘Luar Biasa’ Dijangka Mewarnai Dataran Merdeka Sempena Hari Kebangsaan 2022

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2022 7:12AM

Sambutan Hari Kebangsaan 2022 lebih meriah selepas dua tahun ia tidak diraikan susulan pandemik COVID-19. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas dua tahun tidak diraikan ekoran pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia, sambutan Hari Kebangsaan 2022 dijangka menerima sambutan ‘luar biasa’ dan cukup meriah, dengan kehadiran orang ramai yang sudah tentu teruja meraikan ulang tahun kemerdekaan negara.

Penglibatan hampir 20,000 peserta dalam pelbagai persembahan di acara utama sambutan di Dataran Merdeka di sini yang dijadualkan bermula seawal jam 8 pagi ini, pastinya menjadikannya penuh gilang-gemilang.

Dataran Merdeka menjadi ‘lokasi wajib’ perarakan sambutan Hari Kebangsaan setiap tahun. 
Dataran Merdeka menjadi ‘lokasi wajib’ perarakan sambutan Hari Kebangsaan setiap tahun. 

Ia ditambah lokasi tersebut mengukir sejarah cukup membanggakan apabila menyaksikan peristiwa penting penurunan bendera Union Jack dan kibaran Jalur Gemilang buat pertama kali pada tengah malam 31 Ogos 1957. 

Sejak itu, Dataran Merdeka menjadi ‘lokasi wajib’ perarakan sambutan Hari Kebangsaan setiap tahun. 

Acara pada 31 Ogos akan dimulakan dengan ketibaan rasmi pembesar negara, sebelum keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menaiki kereta kuda diraja.

Kemudian hadirin dipertontonkan dengan lintasan hormat pesawat membawa Jalur Gemilang dan tembakan 14 das meriam yang menjadi antara acara tradisi sambutan Hari Kebangsaan.

Pertunjukan jentera serta aset ketenteraan menjadi antara acara yang dinanti-nantikan setiap tahun.
Pertunjukan jentera serta aset ketenteraan menjadi antara acara yang dinanti-nantikan setiap tahun.

Lebih menarik, penonton ‘disaji’ dengan perarakan kereta berhias atau ‘float’ daripada kontinjen swasta dan syarikat berkaitan kerajaan, antaranya kereta berhias gabungan syarikat telekomunikasi tempatan serta membawa replika satelit MEASAT yang menjadi antara tumpuan utama pada hari berkenaan.

Acara Hari Kebangsaan pastinya tidak lengkap tanpa pertunjukan jentera serta aset ketenteraan dan keselamatan, malah muncul sebagai segmen kemuncak dinantikan Keluarga Malaysia. 

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan hari ini, semua perkhidmatan rel merangkumi Transit Aliran Ringan (LRT), Tranit Aliran Massa (MRT) dan Monorel bermula pada jam 4.30 pagi tadi. 

Menurut RapidKL menerusi kenyataan, kekerapan tren juga akan ditambah mengikut keperluan semasa operasi.

“Ayuh #KeluargaMalaysia, jom gunakan pengangkutan awam pada 31 Ogos untuk pergi ke Dataran Merdeka (atau ke mana-mana sahaja),” menurutnya.

Sebelum ini, polis menasihatkan orang ramai yang mahu menyaksikan perarakan sempena Hari Kebangsaan 2022 itu supaya merancang perjalanan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya dilaporkan berkata, lapan jalan utama di sekitar Dataran Merdeka juga ditutup dan dilencongkan bagi tujuan keselamatan serta kelancaran acara. - Getaran, 31 Ogos 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 17 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan