web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Sesiapa Sahaja Tak Dihalang Beri Pandangan, Tetapi Tidak Boleh Paksa PM’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2022 1:49PM

Annuar Musa - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan terus kekal memperkasa integriti dalam melakukan sesuatu tindakan mengikut peruntukan undang-undang ditetapkan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, Perdana Menteri sangat bertegas kepada Jemaah Menteri agar sentiasa kekal istiqamah dalam mendahulukan rakyat.

Beliau menegaskan, Ismail Sabri juga meminta mematuhi setiap prinsip pemisahan doktrin kuasa, integriti dan memperkasa kerajaan dengan menjaga harapan serta aspirasi orang awam.

Justeru, katanya, pandangan Penasihat Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu memilih ‘orang dia’ untuk menyandang portfolio Peguam Negara (AG), dianggap sebagai hanya mahu mewujudkan polemik politik dan mencetuskan persepsi terhadap pelbagai pihak.

“Saya rasa sesiapa sahaja boleh bagi pandangan, namun kerajaan Keluarga Malaysia di bawah pimpinan Ismail Sabri kekal istiqamah, kekal berintegriti dan membenarkan hakim mengadili rakyat.

“Lain-lain aksi cadangan bersifat berkepentingan kumpulan atau emo kita anggap pandangan peribadi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan tiada mana-mana pihak mahupun individu boleh menghalang tindakan dan dasar dilakukan Perdana Menteri.

“Apa yang didakwa olehnya hanya cuma polemik politik cuma saya jelaskan hari ini dasar kerajaan seperti diputuskan Jemaah Menteri.

“Namun, tanggungjawab dalam kerajaan kita kena ikut apa yang Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan dan tiada siapa boleh menghalang Ismail Sabri melakukan pemisahan kuasa serta memperkasakan integriti Kerajaan Keluarga Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai sambutan Hari Kebangsaan 2022, Annuar berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada pelbagai pihak atas kejayaan melaksanakan program tersebut dengan lancar.

Lebih mengagumkan, beliau mendedahkan bahawa hampir 100,000 masyarakat awam menghadiri sambutan itu walaupun sebelum ini sasarannya adalah 50,000 kehadiran.

“Kita sasar kerana tiada tempat ruang kosong boleh dilalui di kawasan penonton dan alhamdulillah, kita juga meletakkan pembesar suara sehingga empat kilometer serta menambah anggota polis bagi memastikan trafik berjalan dengan lancar.

“Saya amat berbangga kerana ada tiba seawal jam 5 pagi bagi merebut tempat untuk duduk di kerusi ‘grandstand’ dalam memastikan mereka dapat menonton acara tersebut dengan lebih jelas,” katanya. - Getaran, 31 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Laungan Keramat 'Merdeka' Kembali Bergema Di Banda Hilir Selepas 68 Tahun

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

4

TARA 1 tahun yang lalu

5 Iklan Terbaik Sempena Hari Kebangsaan 2023, Sarat Mesej Bermakna Untuk Penonton

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini