web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sambutan Hari Sabah Mulai Tahun Depan - Jeffrey Kitingan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Sep 2022 12:09PM

Dr Jeffrey Kitingan - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hari Sabah atau Hari Kemerdekaan Sabah akan disambut di seluruh negeri selepas diwartakan secara rasmi bermula tahun depan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, Hari Sabah yang jatuh pada 31 Ogos merupakan tarikh penting kerana ia adalah hari negeri berkenaan mencapai kemerdekaan.

“Kepentingan Hari Sabah yang jatuh pada 31 Ogos dalam sejarah kemerdekaan negeri ini sejajar dengan   Hari Kebangsaan negara.

“Kita harus bangga kerana  mempunyai identiti sendiri, tarikh kelahiran sendiri dan ia sangat penting kepada kita,” katanya sempena sambutan Hari Sabah, di sini, semalam.

Menurut Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) itu, selain 31 Ogos, tarikh 16 September yang diisytiharkan sebagai Hari Malaysia juga wajar disambut di seluruh negara untuk memperingati pembentukan Malaysia.

“Lima puluh sembilan tahun yang lalu, tiga wilayah iaitu Sabah, Sarawak dan Malaya mengasaskan Persekutuan ini. Itulah tarikh paling penting bagi Persekutuan.

“Hari Kebangsaan yang jatuh pada 31 Ogos ditakrifkan oleh Perlembagaan Persekutuan sebagai memperingati Hari Kemerdekaan Tanah Melayu.

“Ia tidak ada kena mengena dengan Sabah dan Sarawak, dan oleh itu hanya perlu disambut di Tanah Melayu sebagai Hari Kemerdekaan mereka,” tegasnya.

Katanya, atas sebab itu rakyat Sabah wajar menjadikan tarikh 31 Ogos sebagai Hari Kemerdekaan Sabah walaupun ia jatuh pada tarikh yang dengan Hari Kebangsaan.

 “Menurut arkib sejarah, pada 8 Ogos 1963, Dewan Undangan Borneo Utara secara sebulat suara mengumumkan kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963, tanpa mengira sama ada pembentukan Malaysia menjadi realiti pada hari berkenaan atau sebaliknya.

“Kemerdekaan Sabah adalah prasyarat utama untuk pembentukan Malaysia. Ia adalah kebenaran yang jelas,” tambahnya.

Beliau berkata, keinginan untuk merdeka adalah asas pertama yang menjadi pembakar semangat kepada rakyat Sabah untuk menyokong pembentukan Malaysia.

“Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September sepatutnya menjadi Hari Kebangsaan Malaysia, berbanding 31 Ogos yang lebih wajar menjadi Hari Kemerdekaan Tanah Melayu dan Sabah,” katanya. - Getaran, 1 September 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini