web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dokumen Penghakiman Bocor, Polis Rakam Keterangan 27 Indvidu Lagi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2022 3:13PM

Azmi Abu Kassim - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 27 individu lagi selesai merakam keterangan berhubung kes kebocoran dokumen penghakiman membabitkan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, 10 individu sudah merakamkan keterangan masing-masing untuk kes kebocoran dokumen penghakiman Rosmah, manakala 17 lagi dipanggil untuk memberikan keterangan bagi kes Najib.

“Pihak polis cuba sedaya upaya untuk menghabis dan melengkapkan siasatan untuk dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) secepat mungkin.

“Siasatan yang dilakukan kali ini memfokus kepada tindakan yang diambil polis mengikut nasihat TPR,” katanya kepada pemberita selepas sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya mungkin akan memanggil semula semua saksi jika perlu, bagi melengkapkan kertas siasatan, berdasarkan nasihat TPR.

Katanya, kertas siasatan berkenaan telah diserahkan kepada TPR sebelum ini namun dipulangkan kembali kepada polis untuk dilengkapkan semula.

“Kedua-dua kertas siasatan membabitkan kebocoran dokumen keputusan penghakiman kes rayuan perbicaraan Najib dan juga Rosmah sebenarnya sudah dirujuk pada 30 Ogos yang lalu, namun kita telah terima kembali daripada TPR dan sedang dalam proses untuk melengkapkan semula semua dokumen berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) membuat laporan polis, susulan penerbitan berita di portal Malaysia Today bertajuk “Rosmah Will Be Pronounced Guilty On 1st September 2022 dan Download  Or View The 71-Page Judgement And Guilty Verdict on Rosmah Mansor Here” yang disiarkan pada 26 Ogos lalu. – Getaran, 6 September 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang