web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Masuk Akal, Kaji Semula Sistem Guru Besar DG52 ‘Turun Pangkat’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 5:18PM

Adnan Mat menggesa KPM untuk mengkaji semula sistem perjawatan guru besar gred DG52 yang didakwa akan kembali bertugas sebagai guru biasa di sekolah rendah. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mengkaji semula sistem perjawatan guru besar gred DG52 yang didakwa akan kembali bertugas sebagai guru biasa di sekolah rendah.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, ia perkara tidak masuk akal sekiranya seorang guru terpaksa melepaskan jawatan disandang untuk menjadi guru akademik biasa hanya disebabkan kenaikan gred.

Menurut beliau, terdapat keperluan isu itu diselesaikan secara menyeluruh melibatkan kesemua perjawatan pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) memandangkan sistem kenaikan gred DG adalah berdasarkan pengalaman (time based). 

“Kami difahamkan bahawa perkara itu telah disuarakan oleh kesatuan yang mewakili perkhidmatan perguruan kepada KPM tetapi tiada sebarang penyelesaian dilakukan oleh pihak kementerian.

“Adalah tidak wajar sekiranya guru besar dan pegawai di KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan penolong kanan diarahkan untuk menjadi guru biasa semula hanya kerana mereka dinaikkan ke gred lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, sistem menetapkan guru besar hanya untuk gred DG48 sahaja tidak lagi boleh digunakan memandangkan sistem kenaikan gred guru ketika ini adalah berdasarkan pengalaman menggunakan formula 8:8:6:3.

Bagaimanapun, Adnan berkata, situasi akan berbeza sekiranya melibatkan masalah disiplin atau permohonan secara sukarela oleh guru besar itu untuk kembali semula ke sekolah sebagai guru biasa.

“Hal ini dianggap sebagai sekatan kepada laluan kerjaya guru dan sewajarnya KPM dapat bersama-sama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi merangka laluan kerjaya yang lebih baik kepada guru.

“Kami menggesa Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin meneliti semula sistem perjawatan yang didakwa mengarahkan guru besar gred DG52 di sekolah rendah untuk kembali bertugas sebagai guru biasa semula,” katanya.

Dalam pada itu, Adnan berkata, pihaknya tidak melihat langkah menurunkan jawatan sebagai pembangunan kerjaya berikutan jawatan seseorang cikgu itu diturunkan daripada guru besar kepada guru biasa hanya disebabkan komuniti itu dinaikkan pangkat dalam perkhidmatannya sebagai pendidik.

“Dalam setiap profesion kerjaya adalah menjadi harapan untuk setiap pekerja menikmati pembangunan dalam kerjaya masing-masing.

“Sewajarnya kenaikan gred disusuli tanggungjawab serta peranan yang lebih sesuai bagi mengiktiraf pengalaman dan kemampuan guru tersebut,” katanya.

Justeru, beliau berharap KPM dapat menyelesaikan segera isu perjawatan ini bagi memastikan profesion perguruan dilihat sebagai menyokong pembangunan kerjaya guru di Malaysia.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru Kebangsaan Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia, Mustafa Kamal Husin berkata, kira-kira 200 guru besar di semenanjung yang dinaikkan ke gred ke DG52 dalam tempoh dua tahun ini, buntu memikirkan nasib seolah-olah turun pangkat dengan kembali bertugas sebagai guru biasa.

Beliau berkata, arahan menjadi guru biasa dan kembali mengajar hanya kerana dinaikkan gred ke DG52 cukup mengelirukan.

“Berlakunya percanggahan antara perjawatan pengetua (sekolah menengah) yang bermula dengan gred DG52 yang layak sebagai ketua jabatan, sedangkan guru besar yang dinaikkan gred DG52 dianggap tidak layak untuk mentadbir.

“Hal ini seolah-olah menggambarkan gred DG52 berkenaan berada di posisi atau di mana guru besar bakal ‘turun’ ke jawatan guru akademik biasa (GAB) apabila berada di gred DG52,” katanya.

Mustafa berkata, pihaknya sudah menyuarakan isu berkenaan kepada KPM, namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian dimuktamadkan.

Ujarnya, KPM akan mengalami kerugian apabila seorang guru besar mempunyai kemahiran memimpin dan mentadbir, kemudian diberi tugas asas seperti guru yang baru tamat latihan perguruan. 

“Kesatuan mahu guru besar yang terlibat dengan isu terbabit kekal pada jawatan masing-masing biarpun dinaikkan kepada gred lebih tinggi.

“Ini kerana tindakan itu mampu menjejaskan imej mereka daripada sudut pandangan masyarakat kerana berlaku perubahan daripada seorang guru besar atau ketua jabatan kepada taraf GAB,” katanya. - Getaran, 8 September 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 5 bulan yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

2

Semasa 6 bulan yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Berhentilah Menangguk Di Air Keruh, Dr Ammar Tahu Kenapa Beliau Diturunkan Pangkat!

4

Semasa 7 bulan yang lalu

CUEPACS Bantah Benarkan Pelajar Asing Bekerja Di Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 16 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global