web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mangsa Sindiket Terkandas Di Luar Negara Terseksa, PDRM Harus Perkasa ASEANAPOL

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Sep 2022 7:01AM

Musa Hassan (tengah) bersama MHO ketika menyerahkan menyerahkan memorandum mengenai sindiket pekerjaan di luar negara, di Kementerian Luar, semalam. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memperkasa kerjasama dengan Polis Asean (ASEANAPOL) dalam membanteras sindiket pekerjaan di luar negara, khususnya di Myanmar, Laos dan Kemboja.

Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, ia perlu dilaksana segera agar PDRM mampu memperoleh maklumat terperinci daripada ASEANAPOL, demi menyelamatkan rakyat Malaysia yang terkandas di negara asing akibat menjadi mangsa sindiket terbabit, termasuk pemerdagangan manusia.

Musa Hassan
Musa Hassan

“Saya sudah tubuhkan ASEANAPOL di Bukit Aman ketika bertugas dahulu dan saya mohon agar polis (tempatan) boleh mendapatkan maklumat tertentu dengan mereka.

“Di Bukit Aman, kita mempunyai polis yang mewakili semua negara ASEAN. Harap maklumat mampu diperoleh daripada mereka bagi mengetahui jenayah atau apa sudah terjadi kepada rakyat kita di sana.

“Tindakan itu ASEANAPOL boleh salurkan ke negara masing-masing untuk diambil tindakan segera,” katanya yang juga Penasihat Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO).

Musa berkata demikian ketika ditemui media di hadapan Kementerian Luar semalam, bagi menyerahkan memorandum kepada kerajaan berkenaan isu serius itu agar tindakan segera diambil kerajaan.

Turut hadir, Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim dan Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi.

Yusuf Azmi
Yusuf Azmi

Dalam pada itu, Yusuf berpandangan ‘seksaan’ dihadapi rakyat Malaysia yang terkandas di tiga negara berkenaan adalah lebih teruk daripada menjadi tahanan di penjara.

Beliau berkata, pihaknya bimbang jika perkara itu masih dipandang sepi, akan ada rakyat Malaysia terbunuh akibat menerima layanan buruk melampau daripada sindiket apabila bukan sahaja diseksa, malah bekerja tanpa gaji.

“Saya nak panjangkan perkara ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana ia berkaitan kemanusiaan dan rakyat. Kalau tak bertindak segera, berapa ramai akan terjerumus dalam sindiket scammer terbesar ini dan terancang dalam menghasilkan duit yang banyak.

“Penyeksaan diterima rakyat daripada apa yang kita dengar, bagi saya lebih bagus mati dari diseksa dengan sebegitu rupa, sehingga ada rakyat Taiwan yang ditipu di sana dirogol. Adakah itu kerajaan mahukan?.

“Saya nampak perlu ada tindakan drastik dan penglibatan ASEAN bagi mengetahui lokasi di mana mangsa berada. Sangat bohong kalau ada 100 anggota polis, mesti akan ada yang bocor maklumat, namun ia memerlukan tindakan luar biasa daripada kerajaan, khususnya Kementerian Luar,” katanya. - Getaran, 10 September 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global