web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penjara Ada WiFi? Netizen Persoal Status Facebook Sering Dimuat Naik Najib

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2022 7:17AM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hantaran terbaharu yang dimuat naik di Facebook mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani tempoh hukuman di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan terhadapnya berkaitan kes SRC International Sdn Bhd, dipersoal netizen

Terkini, catatan di media sosial beliau itu yang dipercayai dimuat naik pentadbir halaman berkenaan, adalah bagi menzahirkan ucapan takziah kepada Ratu Elizabeth II yang mangkat pada awal pagi semalam.

“Takziah kepada keluarga Diraja, kerajaan dan rakyat United Kingdom atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Ratu Elizabeth II.

“Kami mengimbas kembali kenangan kunjungannya ke Malaysia dan kemesraan beliau sebagai hos semasa pertunangan kami dahulu. Baginda akan dirindui oleh semua orang di United Kingdom dan di seluruh dunia. Dunia berkabung bersama anda,” menurut catatan itu.

Ia disertakan dengan gambar bapanya, Tun Abdul Razak Hussein bertemu Ratu Elizabeth II dan Najib bersalam dengan pemimpin wanita itu.

 

Deepest condolences to the Royal Family, the Government and the people of United Kingdom on the passing of Her Majesty...

Posted by Najib Razak on Thursday, September 8, 2022

Bagaimanapun, hantaran berkenaan yang menerima lebih 37,800 tanda suka dan 2,900 komen, menyaksikan ramai bertanya bagaimana Najib boleh memuat naik perkongsian di Facebook walaupun berada di penjara.

“Tiada air panas untuk mandi, tiada palam kuasa. Hanya kipas, buku, tablet, ‘power bank’ dan WiFi,” komen seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Paul Loh.

Seorang lagi pengguna, Bhuvan Sharma meminta Najib memuat naik swafoto bagi menunjukkan mantan Perdana Menteri itu tidak membuat hantaran terbabit secara peribadi.

“Selfie sikit bossku. Sekarang kami tahu bukan anda yang menulis di Facebook anda,” tulis Bhuvan, merujuk kepada gelaran popular Najib.

Komen sama turut diberikan pengguna akaun, @Aisehman yang bertanya sama ada banduan di Penjara Kajang diberikan akses internet.

“Semua banduan di Penjara Kajang dibenarkan akses internet? Apa yang mereka gunakan? Telefon bimbit? Komputer riba? Apakah kata laluan WiFi?,” komennya.

Tangkap layar komen @Aisehman itu juga diulang ciap banyak kali sepanjang semalam.

Najib diarah menjalani hukuman di Penjara Kajang pada 23 Ogos selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dikenakan terhadapnya atas kesalahan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah berkaitan dana SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta.

Sejak dipenjarakan, Jabatan Penjara menafikan bahawa beliau diberi keistimewaan, termasuk akses kepada makanan lebih baik, katil dan juga penghawa dingin yang dipasang di sel penjaranya.

Pada 4 September, Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas jatuh sakit, manakala anak perempuannya Nooryana Najwa memaklumkan, ia disebabkan masalah perut berulang.

Dia membuat ciapan di laman Instagram bahawa bapanya mudah terkena ulser perut, terutama ketika mengalami tekanan atau gastrik.

Sejak dimasukkan ke penjara, Najib memfailkan petisyen untuk Pengampunan Diraja dan status Ahli Parlimennya hanya diputuskan selepas proses petisyen selesai. – The Vibes, 10 September 2022

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Sukan 6 jam yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

Semasa 1 hari yang lalu

Rasuah RM30,000: 2 Pegawai Kanan Agensi Penguatkuasa Dan Isteri Direman

Semasa 1 jam yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

Sukan 18 jam yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih