web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Siasat Kesahihan ‘Perjanjian’ PM-Muhyiddin, Jika Benar…

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2022 4:45PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis digesa menyiasat kewujudan ‘perjanjian’ antara mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang disifatkan sebagai memperdaya dan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Aktivis sosial, Osman Abu Bakar mendakwa, pada 27 Ogos lalu, Muhyiddin ada mengeluarkan kenyataan berhubung perjanjian antara dirinya dengan Ismail Sabri yang disaksikan beberapa individu lain termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Menurut beliau, perjanjian tersebut dikatakan mempunyai syarat yang perlu dilaksanakan oleh Ismail Sabri setelah mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menjadi Perdana Menteri.

“Sekiranya perjanjian ini benar, maka ia adalah satu perjanjian yang tidak boleh dituntut kerana ia melanggar titah Yang di-Pertuan Agong pada 13 September 2021.

“Perjanjian tersebut juga tidak dihebahkan dan tidak dirujuk kewujudannya untuk persetujuan Ahli Parlimen sebelum mereka memberikan sokongan kepada Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.

Jelas Osman, perjanjian itu jika benar wujud maka ia melanggar hukum asas undang-undang kontrak memandangkan Ahli Parlimen terlibat tidak mengetahui kewujudannya.

Untuk rekod, dalam titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 13 September tahun lalu menyatakan bahawa setelah baginda menerima mengadap semua 114 Ahli Dewan Rakyat, baginda berpuas hati bahawa kepercayaan diberikan kepada Ahli Parlimen Bera (Ismail Sabri) adalah dengan kerelaan sendiri serta tanpa sebarang paksaan.

Pada masa sama, Yang di-Pertuan Agong turut menasihatkan semua Ahli Parlimen untuk tidak meletakkan masa depan negara dan rakyat baginda sebagai taruhan dalam percaturan untuk mencapai agenda tertentu.

Mengulas lanjut, Osman berkata, jika perjanjian tersebut benar maka kewujudannya jelas memperdayakan keputusan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Kewujudan perjanjian itu ternyata satu perbuatan derhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong apabila baginda jelas telah diperdaya oleh individu yang terlibat dalam perjanjian berkenaan,” katanya.

Justeru, Osman berkata, bagi mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong, beliau tampil untuk membuat laporan polis supaya satu siasatan dapat dilakukan bagi menentukan kesahihannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya mengesahkan menerima laporan tersebut namun enggan mengulas lanjut mengenainya. - Getaran, 12 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia