web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dijerat Lelaki Berhidung Belang, Remaja Trauma Terima Ugutan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2021 4:37PM

Gambar hiasan - Gambar dari Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara terpedaya dengan ayat manis lelaki hidung belang, seorang remaja perempuan kini hidup dalam ketakutan, apabila menerima ugutan membabitkan penyebaran gambar bogelnya yang dirakam menerusi panggilan video.

Difahamkan, mangsa berusia 15 tahun itu diugut oleh lelaki yang dikenalinya menerusi aplikasi Instagram, agar memperkenalkan rakannya kepada suspek.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner (ACP) Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada 4.08 petang semalam, memaklumkan mengenai ugutan dibuat suspek.

"Menurut mangsa, dia mengenali suspek sejak tiga bulan lalu dan perkenalan berkenaan hanyalah menerusi aplikasi pesanan ringkas di laman sosial Instagram.

"Mangsa mendakwa ketika berada di rumahnya di Jinjang, dia dipujuk oleh suspek untuk berbogel ketika berbual menerusi panggilan video,” katanya hari ini.

Eng Lai berkata, suspek tanpa disedari mangsa bertindak menangkap layar kesemua gambar itu dan menjadikan ia senjata untuk mengugut remaja berkenaan.

“Suspek mengancam akan menyebarkan semua gambar itu jika mangsa enggan memperkenalkan beberapa rakan perempuan kepada lelaki terbabit.

"Susulan ugutan, mangsa membuat laporan polis untuk siasatan lanjut dan usaha mengesan suspek giat dilakukan,” katanya.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.  - Getaran, 10 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia