web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rezeki Terpijak, Pelajar Sebak Terpilih Terima Biasiswa PETRONAS

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2022 7:14AM

Muhammad Izz Amani Mohd Zulkifli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terpilih sebagai antara penerima Program Biasiswa Pendidikan PETRONAS (PESP) umpama rezeki yang harus digenggam dan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Seseorang itu bukan sahaja perlu cemerlang dari segi akademik, malah beberapa aspek lain turut diambil kira termasuk kepimpinan, pembabitan dalam kokurikulum dan beberapa pencapaian lain sebelum membolehkan mereka terpilih sebagai penerima biasiswa tersebut.

Tuah ternyata berpihak kepada, Muhammad Izz Amani Mohd Zulkifli, 18, apabila dia diumumkan antara beberapa pelajar cemerlang terpilih sebagai penerima PESP.

Katanya, dia akan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik (Instrumentasi) di sebuah universiti termuka di Amerika Syarikat (AS).

"Selepas mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya membuat carian di internet mengenai organisasi yang menawarkan biasiswa kepada pelajar lepasan SPM dan menemui PESP sebagai salah satu daripadanya.

"Saya berasa sangat gembira apabila diberitahu berjaya mendapatkan biasiswa PESP. Ia bagaikan mimpi, terima kasih PETRONAS atas bantuan ini," katanya ketika ditemui Getaran, semalam. 

Muhammad Izz Amani berkata, dia komited untuk belajar bersungguh-sungguh bagi menjaga nama baik PETRONAS selepas terpilih menerima tajaan tersebut. 

 "Saya akan pastikan saya akan menjaga sebaik-baiknya pelajaran saya sebab bukan senang nak dapat tajaan daripada PETRONAS.

"Pada masa sama, saya macam ada kontrak, kalau CGPA teruk saya perlu membayar jumlah penuh tajaan yang telah saya terima," katanya yang sedang mengikuti program A level sebelum berlepas ke AS pada 2024.

Sebahagian daripada pelajar yang hadir pada Majlis Penyampaian Anugerah PESP 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam. - Gambar oleh Azim Rahman
Sebahagian daripada pelajar yang hadir pada Majlis Penyampaian Anugerah PESP 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam. - Gambar oleh Azim Rahman

Dalam pada itu, berpegang kepada prinsip 'yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang', seorang lagi pelajar tajaan PESP, Shahirah Abdul Halim, 18, tekad berusaha keras untuk menggapai impiannya.

Menurut Shahirah, membesar dalam keluarga kurang berkemampuan dengan bilangan adik-beradik yang ramai menyebabkan dia tekad belajar bersungguh-sungguh bagi membalas jasa kedua orang tuanya.

"Demi meringankan beban keluarga dan melayakkan diri saya untuk mendapat biasiswa, saya berusaha lebih gigih dalam pelajaran saya. 

"Alhamdulillah, berkat usaha, sokongan dan doa daripada ibu bapa, guru dan juga rakan-rakan, saya berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan mendapat tajaan PETRONAS untuk melanjutkan pelajaran di Australia," katanya. 

Sementara itu, Shahirah berkata, dia sangat gembira dan bersyukur kerana peluang tersebut membolehkan impiannya selangkah menjadi kenyataan.

Ujarnya, PESP bukan sahaja membiayai pengajiannya tetapi turut menyediakan platform dan pelbagai program untuk mempersiapkan diri pelajar sebelum menempuh alam pekerjaan. 

"Ini termasuklah program jati diri, sesi perkongsian bersama alumni PESP dan taklimat kerjaya. 

"Malah, setiap tahun PETRONAS akan mengadakan sesi perjumpaan dengan pelajar tajaannya bagi mengikuti perkembangan semasa dan berkongsi maklumat mengenai laluan kerjaya bersama syarikat berkenaan. 

"Dengan adanya program sebegini, saya sedikit sebanyak dapat mencorak hala tuju selepas tamat belajar di universiti," katanya. - 21 September 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'