web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


BNM Terus Pantau Rapi Ringgit, Pastikan Pasaran Kewangan Teratur

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Sep 2022 9:04PM

Operasi pasaran BNM akan memastikan keadaan mudah tunai yang mencukupi dan pasaran kewangan berfungsi dengan teratur - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) memantau dengan rapi dan memastikan pasaran kewangan kekal teratur dalam keadaan perkembangan luaran yang menyebabkan dolar Amerika Syarikat (AS) terus kukuh, berbanding dengan hampir semua mata wang, termasuk ringgit.

Menerusi kenyataan, bank pusat itu memberitahu, nilai dolar AS menjadi kukuh dengan ketara disebabkan dasar monetari di negara berkenaan yang diperketat secara agresif.

“Pergerakan ringgit akan terus ditentukan pasaran. Pasaran pertukaran asing terus berfungsi dan mengantara dengan berkesan,” katanya.

Kenyataan itu memaklumkan, jumlah urus niaga pertukaran asing harian tempatan terus meningkat hingga mencapai purata semasa sebanyak AS$13.3 bilion, berbanding dengan AS$11.3 bilion pada tahun 2021 berikutan aliran pertukaran dua hala.

Jelasnya, aktiviti pasaran bon kekal kukuh, disokong mantap oleh pelabur institusi dan institusi kewangan.

Menurutnya, operasi pasaran BNM akan memastikan keadaan mudah tunai yang mencukupi dan pasaran kewangan berfungsi dengan teratur.

“Ekonomi negara sudah berkembang sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua dan akan terus didorong keadaan pasaran pekerja yang bertambah baik, selain aktiviti pelancongan semakin giat.

“Eksport disokong oleh produk dan pasaran negara yang sangat pelbagai,” tambahnya.

BNM memaklumkan, sistem kewangan domestik mempunyai tahap permodalan kukuh dengan mudah tunai yang lebih daripada mencukupi dan pengantaraan kewangan juga terus menyokong ekonomi.

Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, Malaysia kekal sebagai ekonomi terbuka.

“Keutamaan dasar pada masa ini adalah menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam persekitaran harga stabil serta mengukuhkan lagi asas ekonomi negeri, melalui pembaharuan struktur dan bukan dengan melaksanakan kawalan modal atau menambat semula ringgit.

“Hal ini akan memberikan sokongan lebih berterusan untuk ringgit,” katanya. - Getaran, 23 September 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini