web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Daging Import Beku Tumpas, 36 Suspek Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2021 8:39PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis percaya berjaya menumpaskan satu sindiket daging import beku dari Brazil, susulan penahanan 36 suspek di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kesemua suspek ditahan menerusi Op Kartel yang dilancarkan sejak 9 April lalu.

Menurut beliau, sindiket berkenaan dipercayai membabitkan 19 syarikar pengedar daging import beku dari Brazil.

“Kesemua suspek yang ditahan terdiri daripada 26 lelaki dan sepuluh wanita, berusia antara 28 hingga 68 tahun.

“Tangkapan itu melibatkan 15 suspek di Johor, tujuh di Pulau Pinang, Kuala Lumpur (7), Selangor (5), Perak (1) dan Kedah (1),” katanya dalam satu sidang media khas bersama Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, secara langsung di laman Facebook rasmi Polis Johor hari ini.

Huzir menarik perhatian, antara syarikat terlibat disahkan sebagai pengimport utama daging beku secara sah dari Brazil.

“Mengikut permit, syarikat ini layak mengimport sebanyak 27 tan daging bagi satu permit dikeluarkan.

“Hasil siasatan bagaimanapun mendapati syarikat ini hanya menggunakan empat daripada lima permit pengimport yang dikeluarkan bagi tahun 2020,” katanya.

Siasatan juga mendapati, syarikat terbabit bertanggungjawab mengedar lebih daripada seribu tan daging kepada kesemua 202 pelanggan, yang berjaya dibuktikan menerusi rampasan beberapa invois.

Hasil siasatan jelas Huzir lagi, mendapati kesemua 19 syarikat berkenaan berjaya meraih keuntungan tahunan antara RM1 hingga RM52 juta.

"Selain Brazil, syarikat terbabit turut menerima bekalan daripada pengedar tempatan.

"Bekalan yang diterima akan dibungkus semula sebelum diedarkan kepada pelanggan malah mereka turut menempah kotak berlogo halal untuk membungkus semula daging yang diimport dari Brazil atau dari syarikat tempatan bagi memenuhi permintaan pelanggan," katanya.

Kegiatan itu menurut Huzir lagi, menimbulkan keraguan terhadap status halal bekalan daging yang ada di pasaran. – Getaran, 11 April 2021.
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh

2

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia