web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Akaun Najib 'Sensitif', Perlu Dikendali Lebih Berhati-hati

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 7:24PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan Ambank memberitahu mahkamah tinggi di sini hari ini bahawa jika jutaan dolar Amerika Syarikat (AS) yang dipindahkan daripada akaun bank peribadi mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didedahkan kepada umum, ia akan mempengaruhi kedudukan pasaran.

Najib telah menerima lebih AS$681 juta (RM2.23 bilion pada masa itu) dalam akaun bank peribadinya di Ambank dari 2011 hingga 2013 daripada tiga sumber.

Mereka termasuk seorang individu bernama Putera Faisal Turki Bandar Al-Saud, serta dua firma asing, Blackstone Asia Real Estate Partners dan Tanore Finance Corporation.

Bagaimanapun, sejumlah AS$620 juta kemudiannya dipindahkan semula kepada Tanore pada Ogos 2013.

Ketika memberi keterangan dalam perbicaraan rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Najib, Ketua Pasaran Modal Perbankan Persendirian AmBank, Yap Wai Keat menjelaskan bahawa akaun peribadi mantan Perdana Menteri itu dengan bank tersebut dikategorikan sebagai ‘sensitif’ dan perlu dikendalikan dengan berhati-hati.

Ini kerana Najib dianggap sebagai individu yang terdedah secara politik.

Seorang pengurus perhubungan Ambank ditugaskan secara peribadi untuk menguruskan hal berkaitan dengan akaun banknya, termasuk menjalankan tindakan wajar diperlukan ke atas urus niaga wang yang besar.

Wai Keat menjawab soalan peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed pada sesi soal balas.

Wan Aizuddin menyoalnya mengapa bekas Pengurus Perhubungan Ambank, Joanna Yu Ging Ping memberitahunya tentang identiti pemegang akaun itu walaupun dia hanya bertanggungjawab ke atas perkara berkaitan dengan pertukaran asing.

"Pada ketika itu, beliau adalah Perdana Menteri dan juga kerana jumlah transaksi sebenarnya agak besar.

"Jika pasaran benar-benar mengetahui jumlahnya, ia akan menjejaskan nilai ringgit," katanya.                                                                                             

Wan Aizuddin kemudian bertanya sama ada transaksi AS$10 juta yang masuk ke pasaran Malaysia akan menjejaskan kedudukannya.

Wai Keat kemudiannya menjawab tidak.

Jelas beliau, pasaran akan terjejas sekiranya berlaku aliran keluar mata wang asing yang berlebihan.

“Pasaran tidak akan terjejas kerana jumlah itu sedikit berbanding jumlah lebih AS$600 juta. Jadi sebab itu kita perlu lebih berhati-hati,” katanya.

Terdahulu, Wan Aizuddin menyoal Yap mengenai dua transaksi bernilai AS$9.9 juta setiap satu masing-masing pada 24 Februari dan 14 Jun 2011 yang didepositkan ke dalam akaun Najib daripada seorang individu bernama Putera Faisal Turki Bandar Al-Saud.

Wan Aizuddin sekali lagi mengemukakan surat bertarikh 1 Februari 2011, di mahkamah yang didakwa ditandatangani oleh Almarhum Raja Saud Abdulaziz Al-Saud dan ditujukan kepada Najib.

Surat tersebut kononnya menyatakan ikrar untuk menghadiahkan AS$100 juta kepada Najib oleh keluarga diraja Saudi.

Wan Aizuddin mempersoalkan Wai Keat sama ada urus niaga terdahulu boleh dikaitkan dengan surat tersebut yang kononnya daripada keluarga diraja Saudi.

Wai Keat menjawab bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan peribadi mengenai perkara itu. - The Vibes, 29 September 2022

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki ‘Kantoi’ Curang Mengaku Tak Bersalah Belasah Isteri

Semasa 1 hari yang lalu

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Sukan 6 jam yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

Semasa 1 hari yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

oleh Rafisqi Radhi