web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Pegawai Nikah Dengan Anak Chef Terkenal Kini Di Bawah Siasatan Polis Perlis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Apr 2021 3:29PM

Gambar: Instagram @serinaredzuawan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kes perkahwinan seorang pegawai polis yang bernikah dengan anak perempuan chef selebriti popular, tanpa mendapat restu daripada isteri pertamanya, kini di bawah siasatan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya telah menyerahkan siasatan itu sepenuhnya kepada JIPS IPK Perlis, selepas isteri pertama yang bekerja sebagai seorang pensyarah di sebuah kolej antarabangsa di Kampar dekat sini, membuat laporan kepada JIPS IPK Perak mengenai pernikahan berkenaan.

“Pada mulanya memang dia (pegawai polis) itu bertugas di sini sebagai pegawai trafik dan telah bertukar sebagai pegawai siasatan jenayah di IPK Perlis pada 2019.

"Saya difahamkan perkahwinan dia berdaftar secara sah dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) di Perlis, jadi lazimnya kalau (perkahwinan) tidak minta kebenaran, JIPS akan kenakan tindakan tatatertib.

“Jadi, (tindakan) itu bergantung kepada siasatan dijalankan. Saya tidak mahu komen lebih pasal isu ini kerana siasatan dijalankan oleh JIPS Perlis,” katanya kepada pemberita di sini.

 Mior Faridalathrash diminta mengulas laporan yang dibuat seorang wanita Nur Hamizah Shaffee, 34, kepada JIPS Perak pada 2 Mac lalu, berhubung pernikahan suaminya Meor Mohammad Aidid Meor Jamaluddin, 35, dengan pelakon dan pengacara Serina Redzuawan, yang juga merupakan anak kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.

Dalam aduannya pada 18 Feb lalu, Nur Hamizah dimaklumkan oleh Meor Mohammad Aidid mengenai pernikahannya dengan Serina, yang berlaku tanpa kebenarannya selaku isteri pertama.

Bagaimanapun, Nur Hamizah berkata beliau telah diceraikan Meor Mohammad Aidid pada 9 Mac lalu di mana pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2015 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Terdahulu, Mior Faridalathrash menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Perak, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak dan Ketua Polis Daerah Batu Gajah di Mes Pegawai Kanan Polis Perak hari ini.

Mohd Alwi Zainal Abidin menerima penyerahan tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Perak daripada SAC S.Suresh Kumar, manakala Supt Azizan Hassan pula menerima serah terima tugas sebagai Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak daripada ACP Ahmad Adnan Basri.

ACP Mohamad Roy Suhaimi Sarif pula menerima penyerahan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Batu Gajah yang baharu daripada ACP Ahmad Adnan Basri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia