web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mesej Sindiket Penjualan Organ Palsu, PDRM Tak Pernah Keluar Amaran - Skandaguru

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 5:36PM

Orang ramai diingatkan supaya menyemak semula kandungan mesej yang diterima sebelum disebarkan. - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah mengeluarkan sebarang amaran yang meminta semua ibu bapa berhati-hati dengan kewujudan sindiket penjualan organ melibatkan kanak-kanak berusia bawah 15 tahun sebagai mangsa.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, polis mengesan penularan sebuah mesej di media sosial berhubung penjualan organ manusia.

Menurut beliau, sindiket didakwa menjadikan kanak-kanak berusia di bawah 15 tahun sebagai sasaran.

“Mesej terbabit menyenaraikan harga untuk organ seperti jantung, buah pinggang, mata, paru-paru dan hati.

“Mesej itu juga meminta ibu bapa berhati-hati dengan kewujudan dua van berwarna putih yang didakwa digunakan sindiket untuk menculik mangsa,” katanya hari ini.

Skandaguru berkata, polis tidak pernah mengeluarkan amaran seumpama itu, khususnya yang berkaitan dua van berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan agar menyemak semula kandungan sebarang mesej yang diterima, sebelum disebarkan,” katanya.

Mesej berkaitan penculikan kanak-kanak kembali tersebar di beberapa negeri kebelakangan ini, dengan majoriti daripadanya disahkan sebagai berita palsu dan sengaja diada-adakan.

Terbaru, polis Perak mengesahkan bahawa kes cubaan culik seorang murid perempuan didakwa berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan, Taman Pinji Mewah di Ipoh seperti yang tular di media sosial adalah tidak benar dan hanya rekaan kanak-kanak berkenaan.

Siasatan mendapati, kanak-kanak itu mengaku mengada-adakan cerita kerana terpengaruh dengan kejadian yang tular di luar negara, membabitkan penculikan dan penjualan organ kanak-kanak di pasaran gelap. - Getaran, 1 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah