web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Warga Emas Diberi Vaksin Sinovac Mulai Minggu Depan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2021 4:53PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Vaksin Sinovac keluaran China akan diberikan kepada golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas dalam Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula 19 April ini, kata menteri penyelaras program berkenaan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata ia diputuskan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) setelah mengambil kira data terkini serta perkembangan amalan penggunaan di negara lain yang menunjukkan vaksin tersebut adalah selamat, berkesan dan stabil untuk diberikan kepada warga emas.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu, contoh negara yang telah melaksanakan pemberian vaksin Sinovac kepada populasi 60 tahun ke atas ialah Turki iaitu lebih 11 juta penerima, Brazil lebih tujuh juta penerima dan Chile lebih tiga juta penerima.

Dalam sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba di sini hari ini, Khairy berkata berdasarkan ujian klinikal di Brazil dan hasil semakan mendapati peratus keberkesanannya adalah 83.7 peratus bagi kes sederhana dan 100 peratus bagi kes-kes tenat.

Dalam pada itu, katanya, bilangan mereka yang sudah mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19 adalah seramai 8.513 juta.

Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan merekodkan pendaftaran paling tinggi dari segi ratio penduduk, manakala Sabah, Kelantan, Pahang, Terengganu dan Kedah masih perlahan, katanya.

Khairy berkata sejumlah 31,776 janji temu telah dihantar kepada penerima vaksin fasa kedua melalui aplikasi MySejahtera dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Daripada 31,776 janji temu yang dihantar, 13,218 sudah jawab akan hadir, 343 menjawab mereka tidak hadir, dan 18,215 atau 57 peratus lagi masih belum memberikan pengesahan kehadiran.

“Saya mohon kepada mereka yang telah terima butiran janji temu untuk menjawab sama ada mereka akan hadir atau tidak kerana ini membolehkan kita membuat perancangan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Kalau sekiranya kita tidak tahu berapa ramai yang akan datang, mungkin akan berlaku pembaziran vaksin, tidak cukup vaksin dibawa atau vaksin terlebih banyak dibawa ke PPV,” katanya.

Bagi mereka yang menjawab tidak dapat hadir, tarikh untuk mereka menerima vaksin COVID-19 akan dijadualkan semula dan sekiranya masih enggan hadir, pihaknya akan menyiasat punca keengganan mereka, katanya.

Ditanya mengenai perkembangan perolehan vaksin AstraZeneca, Khairy berkata perkara itu akan diputuskan pada minggu hadapan selepas mesyuarat JKJAV dan laporan daripada kumpulan pakar.

Menurut laporan media, Agensi Ubat-ubatan Eropah dilaporkan mengeluarkan kenyataan kejadian darah beku daripada suntikan AstraZeneca disenaraikan sebagai kesan sampingan jarang berlaku. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

3

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia