web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Diskaun 50 Peratus Saman Dilanjutkan Sehingga Khamis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2021 6:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tawaran diskaun 50 peratus pembayaran saman menerusi aplikasi MyBayar Saman dilanjutkan sehingga Khamis ini, susulan sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, langkah itu diputuskan bagi menggalakkan orang ramai menjelaskan saman tertunggak mereka.

Menurutnya, sejak pelancaran tawaran bayaran saman itu bermula 25 Mac lalu, sebanyak RM73.3 juta bayaran dikumpul membabitkan 659,998 saman.

“Jumlah ini termasuk RM6.28 juta bayaran membabitkan 56,909 saman yang dijelaskan menerusi aplikasi berkenaan pada 11 April.

“Berikutan sambutan menggalakkan, kita mengambil keputusan untuk melanjutkan tawaran diskaun 50 peratus ini selama empat hari lagi sehingga 15 April ini,” katanya hari ini.

Azisman berkata, seramai 708,030 pengguna sudah berdaftar dengan aplikasi berkenaan serta 5,340 aduan e-emel terkumpul.

Sebelum ini, media melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador merasmikan pelancaran portal dan aplikasi MyBayar Saman pada 25 Mac lalu bagi membolehkan orang ramai membuat pembayaran saman secara dalam talian.

Tawaran diskaun sehingga 50 peratus diberikan sempena sambutan Hari Polis ke-214 bagi pembayaran yang dibuat melalui aplikasi berkenaan selama 18 hari bermula 25 Mac hingga 11 April lalu. – Getaran, 12 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia