web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Skim BMT Ditambahbaik, Beri Manfaat 232,000 Pekebun Kecil Getah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 8:06PM

Menurut Mahdzir Khalid, penambahbaikan BMT itu bakal memberi manfaat kepada kesemua 232,000 pekebun kecil getah RISDA di seluruh negara - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi pekebun kecil getah di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan diberi penambahbaikan tidak lama lagi.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkara itu telah dipersetujui Kabinet dan perincian mengenainya akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Dah ada kelulusan dalam Kabinet iaitu Bantuan Musim Tengkujuh (untuk pekebun kecil getah, (tapi) biar Perdana Menteri umumkan nanti),” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar IPT Parlimen Padang Terap di Kuala Nerang, Kedah hari ini.

Menurut beliau, penambahbaikan BMT itu bakal memberi manfaat kepada kesemua 232,000 pekebun kecil getah RISDA di seluruh negara.

“Ketika ini pekebun kecil RISDA menerima BMT berjumlah RM300 sebulan untuk tempoh tiga bulan.

“Kementerian sebelum ini mengemukakan dua syor kepada Perdana Menteri bagi membela nasib pekebun kecil getah RISDA yang terkesan akibat harga getah yang rendah,” katanya.

Syor tersebut jelas Mahdzir, adalah bagi menaikkan harga lantai getah sekerap daripada harga semasa RM2.50 sekilogram atau melanjutkan tempoh BMT daripada tiga bulan kepada enam bulan.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, kebajikan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari kalangan anak muda Padang Terap akan terus diberi perhatian.

Serentak dengan itu, Mahdzir menyampaikan sumbangan berjumlah hampir RM150,000 kepada 385 anak-anak daerah berkenaan yang sedang menuntut di IPT swasta dan universiti awam (UA).

“Bantuan dalam bentuk wang tunai ini adalah inisiatif untuk meringankan beban kewangan pelajar dan juga keluarga mereka, khususnya kumpulan sasar iaitu golongan B40.

“Ia selaras dengan teras kedua konsep Keluarga Malaysia iaitu Kebersamaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa diberi keutamaan,” katanya.

Jelas Mahdzir, bantuan seumpama itu telah dimulakan sejak 2004 dan diteruskan setiap tahun bagi memastikan golongan pelajar terbabit tidak tercicir daripada menuntut ilmu.

“Hanya kejayaan dalam pendidikan sahajalah yang akan mengubah hidup individu dan keluarga mereka.

“Kerajaan akan sentiasa memberi sokongan dan pelbagai bantuan kepada setiap pelajar bagi memastikan mereka mampu mencipta kejayaan dan membawa keluar keluarga mereka dari kepompong kemiskinan,” katanya.

Selain bantuan kewangan tambah beliau, kerajaan menyediakan bantuan gajet menerusi Inisiatif PerantiSiswa yang sedang diagihkan kepada pelajar kumpulan B40 di seluruh negara.

“Bantuan yang disalurkan juga merangkumi pelajar di dalam dan luar negara, menerusi Elaun Sara Hidup (ESH) yang telah dinaikkan jumlahnya baru-baru ini,” katanya. - Getaran, 5 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang