web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KJ Ramal Kuantiti Vaksin Melebihi Individu Berdaftar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2021 12:12PM

Khairy Jamaluddin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kuantiti bekalan vaksin COVID-19 di negara diramal melebihi jumlah individu yang mendaftar sebagai penerima pada bulan Jun depan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, berkata dengan ketibaan bekalan mengikut jadual itu, proses vaksinasi rakyat Malaysia dijangka selesai menjelang hujung tahun ini.

“Kami menjangka bekalan akan mula melebihi pendaftaran pada Jun ini. (Pemberian vaksin) pasti selesai sebelum akhir tahun. Ini bermakna, kadar vaksinasi akan meningkat dengan cepat,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu turut berkongsi graf jadual penghantaran vaksin, jumlah pendaftaran, sasaran vaksinasi.

Menurutnya, jumlah penghantaran vaksin ketika ini masih pada tahap rendah disebabkan tindakan negara maju yang membolot bekalan vaksin bagi kegunaan rakyat mereka.

“Penghantaran terkini (vaksin) masih rendah. Ini disebabkan tindakan negara maju membolot bekalan sehingga dikecam oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Semalam, Khairy mengecam tindakan negara maju yang membolot vaksin COVID-19 sehingga menyebabkan bekalan untuk negara kurang membangun menjadi terhad.

Amnesty International baru-baru ini dalam laporan tahunannya menyelar tindakan negara kaya yang ‘hampir memonopoli’ bekalan vaksin COVID-19.

Malaysia mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 daripada lima pengeluar termasuk dari China dan Russia, bagi memvaksin lebih 80 peratus penduduk dalam negara dengan anggaran kos RM2.05 bilion. - Getaran, 13 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Pendaftaran, Tuntutan Kredit eMADANI RM100 Bermula Isnin Ini - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Memang Anwar PM, Tapi Beliau Juga Seorang Islam’ - Khairy 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia