web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Cadang Neelofa, Suami Dikompaun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2021 1:32PM

Neelofa dan PU Riz selamat diijabkabulkan pada 27 Mac lalu.

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis mencadangkan supaya usahawan selebriti Neelofa dan suaminya, PU Riz dikompaun kerana disyaki mengingkari prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Zainal Abdullah berkata, langkah itu diputuskan susulan penghantaran kertas siasatan terhadap pasangan terbabit, yang dibuka hujung bulan lalu, untuk dirujuk oleh Pejabat Peguam Negara.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan jumlah kompaun yang dicadangkan pihaknya.

“Kertas siasatan sudah diserahkan kepada DPP (Timbalan Pendakwa Raya). Kita dah bagi cadangan untuk dikompaun.

“Tunggu DPP putuskan. Nanti saya maklum semula (jumlah kompaun),” kata Zainal.

Sebelum ini beliau berkata, kertas siasatan terbabit dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menurutnya, siasatan mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP ditetapkan, selain tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

Neelofa dan PU Riz atau nama sebenar mereka, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, diijabkabulkan pada 27 Mac di sebuah hotel terkemuka di sini.

Pasangan itu turut disiasat atas dakwaan kesalahan ingkar SOP membabitkan perlanggaran kebenaran rentas negeri ke Langkawi untuk berbulan madu di pulau peranginan tersebut. - Getaran, 13 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia