web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bajet 2023 Inisiatif Unggul Agar Negara Terus Bangkit - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 9:58PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembentangan Bajet 2023 merupakan manifestasi atau usaha kerajaan agar negara berupaya untuk bangkit dan menjadi unggul setelah mengharungi pelbagai krisis serta cabaran, khususnya pandemik COVID-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif terbabit membuktikan komitmen kerajaan dalam memperlihat serta menawarkan manfaat kepada ‘Keluarga Malaysia’.

“Alhamdullilah, saya gembira dengan pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini. Bajet 2023 berjumlah RM372.3 bilion ini menyaksikan peningkatan yang ketara berbanding tahun lalu.

“Semoga usaha yang berterusan akan menjadikan negara kita lebih sejahtera, aman, makmur dan Keluarga Malaysia mendapat penghidupan yang lebih berkualiti untuk hari-hari mendatang,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM372.3 bagi Bajet 2023 berbanding RM332.1 bilion tahun lepas.

Beliau berkata, kerajaan dalam memastikan agenda Bajet 2023 kekal responsif akan terus melaksanakan dasar fiskal yang mengembang, iaitu pendekatan penting bagi menyediakan bantuan sewajarnya kepada rakyat, sekali gus menyokong perniagaan.

Jelasnya, ia adalah bajet kedua dibentangkan di bawah kerajaan pimpinan Ismail Sabri dan yang kedua sejak pelancaran Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) 27 September tahun lalu. 

Dalam pada itu, menerusi hantaran berbeza Perdana Menteri menegaskan, keutamaan kerajaan menerusi Bajet 2023 juga adalah menumpukan kepada usaha melindungi kebajikan rakyat.

“Bajet 2023 melibatkan sejumlah RM372.3 bilion yang merupakan peningkatan ketara berbanding peruntukan Bajet 2022 iaitu sebanyak RM 332 bilion.

“Bajet ini menyediakan RM272.3 bilion bagi Belanja Mengurus, RM95 bilion bagi Belanja Pembangunan dan RM5 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19. Sejumlah RM2 bilion disediakan sebagai Simpanan Luar Jangka,” katanya. - Getaran, 7 Oktober 2022.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000