web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


NAFAS Yakin Bajet 2023 Melegakan Warga Peladang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 10:23PM

Zamri Yaakob berkata pelbagai subsidi dan insentif yang ditawarkan kerajaan amat dinantikan dalam usaha membantu petani, pesawah serta nelayan dalam mendepani cabaran ekonomi. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) optimis peruntukan kepada warga peladang menerusi Bajet 2023 akan membantu golongan itu mendepani cabaran ekonomi yang dihadapi negara.

Pengerusinya, Datuk Zamri Yaakob berkata, pelbagai subsidi dan insentif yang ditawarkan kerajaan amat dinantikan, dalam usaha membantu petani, pesawah dan nelayan.

“Peruntukan RM1.8 bilion yang meningkat sebanyak RM100 juta berbanding 2022 menunjukkan kerajaan Keluarga Malaysia merealisasikan permintaan pesawah.

“Keperluan pesawah juga dapat dibantu melalui bantuan bulanan sebanyak RM200 selama tempoh tiga bulan atau semusim di bawah peruntukan RM228 juta, melibatkan 240,000 pesawah seperti diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Tengku Zafrul ketika membentangkan Bajet 2023 mengumumkan usaha kerajaan dalam memastikan kebajikan dan sokongan yang berterusan kepada pesawah, nelayan dan pekebun kecil.

Justeru, bagi tahun 2023 katanya, kerajaan akan menyediakan pelbagai subsidi dan insentif merangkumi harga dan baja padi, benih padi sah, baja padi huma dan insentif pengeluaran padi serta insentif tangkapan hasil nelayan.

Bantuan kepada pesawah padi diperkenalkan semula tahun depan, melibatkan pemberian RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim kepada 240,000 pesawah dengan peruntukan RM228 juta.

Mengulas lanjut, Zamri berkata, NAFAS pada Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu pernah menyuarakan hasrat kepada kerajaan melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya mewujudkan semula bantuan bulanan kepada pesawah.

“Kita minta wujudkan semula bantuan bulanan sebanyak RM200 kepada pesawah dalam tempoh tiga bulan sementara menunggu hasil tuaian padi.

“Susulan pengumuman itu, NAFAS selaku badan yang memayungi hampir sejuta ahli PELADANG menyambut baik dan berterima kasih kepada kerajaan atas bantuan yang akan disalurkan,” katanya. - Getaran, 7 oktober 2022.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad