web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


14 Pendaki Sesat Di Gua Kelam Tiga, Perlis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Apr 2021 3:22PM

Gambar sekadar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PADANG BESAR - Empat belas pendaki dari dua buah kelab rekreasi tempatan terperangkap lebih 20 jam di Gua Kelam Tiga di sini sejak petang semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Saifudin Aslin Abbas berkata 14 pendaki itu terdiri daripada 10 lelaki dan empat orang perempuan merupakan warga tempatan.

“Kita difahamkan 11 orang pendaki mula memasuki Gua Kelam Tiga pada 11 pagi semalam bersama sekumpulan pendaki dari sebuah politeknik, namun mereka (11 pendaki) memilih jalan berbeza menyebabkan terpisah dari kumpulan pendaki politeknik.

“Pada 10 malam, tiga orang lagi pendaki yang menghantar makanan kepada rakan mereka turut sesat,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Beliau berkata polis menerima laporan awal pada 6.50 pagi dan berjaya mengenal pasti lokasi pendaki apabila berjaya menghubungi mangsa yang sesat pada 9.30 pagi tadi.

“Kita telah lancar operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 11.00 pagi yang dianggotai 18 orang daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perhutanan Malaysia (JPM) dan pemandu arah,” katanya.

Saifudin berkata maklumat awal yang diperoleh mendapati bahawa semua mangsa dalam keadaan selamat dan hanya mengalami keletihan dan luka-luka kecil.

“Kita terpaksa mengambil masa yang agak panjang untuk membawa keluar semua mangsa berikutan keadaan gua dan mungkin akan mengambil masa lapan hingga 10 jam,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal juga mendapati bahawa semua mangsa masuk ke gua itu tanpa kebenaran pihak JPM dan mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 dan boleh dikompaun.

Saifudin menasihati orang ramai yang ingin terlibat dalam aktiviti mendaki atau memasuki hutan agar mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Ketua Sudah Lari, Tapi Ajaran Ahmadi Masih Aktif?

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia