web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wanita Maut, Empat Lagi Cedera Kereta Dirempuh Treler

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Oct 2022 9:17PM

Seorang wanita maut manakala 4 yang lain cedera dalam kemalangan di i Kilometer 12, Jalan Bentong-Raub, semalam. - Gambar dari Facebook Info Semasa

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BENTONG - Seorang wanita maut selepas kenderaan dinaikinya bersama empat yang lain terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 12, Jalan Bentong-Raub, semalam. 

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa berusia 57 tahun itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. 

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika kereta dinaiki mangsa bersama empat yang lain dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Raub menggunakan Jalan Lebu kira-kira jam 11 malam. 

"Apabila sampai di Simpang Lebu, pemandu kereta itu membelok ke kanan untuk keluar ke jalan utama menghala ke Raub, tiba-tiba datang sebuah treler dari arah bertentangan melanggar sisi kanan kenderaan terbabit. 

"Pelanggaran itu mengakibatkan kereta berpusing menyebabkan penumpang di belakang kereta tersebut maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala," katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Bagaimanapun, Zaiham memaklumkan pemandu kereta berusia 29 tahun bersama tiga penumpang lain pula dilaporkan cedera dan sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Bentong. 

Beliau berkata, kes kemalangan itu kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

"Saya mohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan. 

“Pengguna jalan raya juga dinasihatkan agar sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah kerana faktor cuaca tidak menentu dalam musim Monsun Timur Laut (MTL)," katanya. - Getaran, 9 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan