web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penduduk Fail Permohonan Cabar Keputusan Kerajaan Negeri, MB Selangor Roboh Stadium Shah Alam

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 7:41PM

Stadium Shah Alam akan dirobohkan bagi membina stadium yang berskala lebih kecil. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang penduduk di sini, Datuk Ahmad Mua’Adzam Shah Ya’akob memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan kerajaan negeri dan Menteri Besar Selangor untuk merobohkan Stadium Shah Alam dan membina stadium berskala lebih kecil.

Ahmad Mua’Adzam, 48, selaku pemohon memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini menerusi Tetuan Kamarudin & Partners dengan menamakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam, Menteri Besar Selangor dan kerajaan Selangor sebagai respondan pertama hingga ketiga.

Dalam permohonan itu, Ahmad Mua’Adzam memohon satu perintah certiorari bagi membatalkan keputusan responden ketiga (kerajaan Selangor) bertarikh 16 Julai 2022 dan keputusan bertarikh 30 September 2022 yang dilaksanakan oleh responden kedua (Menteri Besar Selangor) untuk merobohkan Stadium Shah Alam dan membina stadium lebih kecil serta memajukan tanah sekitarnya.

Lelaki itu juga memohon perintah mandamus bahawa responden-responden mengikut peraturan-peraturan menurut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 sebelum apa-apa keputusan dibuat terhadap stadium tersebut khususnya notis awam dengan menjemput mana-mana pihak berkepentingan terutama pemilik-pemilik tanah yang berhampiran memberi pengesahan sama ada membantah atau bersetuju dengan cadangan responden ketiga.

Selain itu, Ahmad Mua’Adzam Shah turut memohon suatu perintah larangan di bawah Aturan 53, Kaedah 2(1) KM 2012 diberikan supaya keputusan kerajaan Selangor digantung sementara sehingga permohonan itu diputuskan.

Sementara itu, peguam Kamarudin Ahmad yang mewakili Ahmad Mua’Adzam Shah, ketika dihubungi Bernama berkata permohonan itu difailkan di mahkamah tersebut kira-kira 11 pagi tadi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu

2

Semasa 5 hari yang lalu

Fasa Meroboh Stadium Shah Alam Bermula 

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Najib Kawal Penuh Semua Aspek SRC - Bekas Pengarah

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Audit HRD Corp: SPRM Kenal Pasti Bebeapa Individu Untuk Bantu Siasatan

oleh Wartawan Getaran

Sukan 16 jam yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik

Semasa 10 jam yang lalu

Agong Titah Jangan Jadikan Media Sosial Platform Berbalah, Buka Aib

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0