web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tindakan Tepat Suraya Letak Jawatan Exco Kedah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 12:01PM

Suraya Yaakob - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Suraya Yaakob meletakkan jawatan sebagai Exco Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga Kedah adalah langkah tepat.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, Suraya dikenali sebagai seorang pemimpin mesra rakyat dan sentiasa bekerja keras dengan memberikan sepenuh komitmen terhadap isu di bawah portfolionya.

“Dengan pengumuman pembubaran Parlimen baru-baru ini dan sebagai seorang ahli politik yang baik, keputusan peletakan jawatan Suraya bagi saya membuktikan beliau seorang ahli politik berjiwa besar, selain terus meletakkan kebajikan rakyat melebihi lainnya.

“Kita semua tahu bahawa proses pilihan raya memerlukan fokus dan tenaga maksima. Oleh itu, kekal menjawat jawatan dan pada masa sama menguruskan satu pilihan raya besar hanyalah akan merugikan rakyat sahaja,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Shaiful Haziziy berkata, tindakan Suraya itu amat bertepatan bagi memastikan kebajikan rakyat terus diberikan perhatian sewajarnya. 

Menurutnya, tindakan tidak membubarkan DUN adalah tindakan kejam kerajaan Kedah bukan sahaja kepada rakyat, malah terhadap ahli politik yang meletakkan jiwa dan raga demi membela kepentingan serta kebajikan rakyat

“Bagaimanapun, saya percaya perkara ini boleh dielakkan seandainya kerajaan negeri membubarkan DUN. 

“Hal ini bagi memberi peluang sewajarnya kepada setiap ahli politik untuk melakukan tanggungjawab dan tugas mereka kepada parti serta pengundi, waima bakal pengundi mereka di kawasan bakal ditandingi,” katanya. 

Terdahulu, Suraya Yaakob meletakkan jawatan sebagai exco kerajaan negeri berkuat kuasa serta-merta. 

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan alasan berhubung tindakannya itu, sebaliknya merakamkan penghargaan kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah atas perkenan melantiknya sebagai Exco.

Suraya turut merakam penghargaan terhadap barisan exco dan kepimpinan kerajaan Kedah, termasuk semua jabatan dan agensi kerajaan yang berada di bawah portfolionya selama ini.- Getaran, 14 Oktober 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad