web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ada Kerumitan Ekstradisi Jho Low - Wan Junaidi 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 8:23PM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata bukan mudah untuk membawa balik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low ke negara ini.

Wan Junaidi berkata kerumitan untuk mengekstradisi Jho Low dari China adalah kerana beliau percaya Kerajaan Malaysia dan China tidak ada menandatangani perjanjian ekstradisi. 

"Jadi kita tidak boleh salahkan kerajaan daripada sudut ini kerana kita belum ada persetujuan dengan sesuatu negara tertentu.

Kalau kita mohon pun, kalau China kata ini permohonan biasa diplomatik sahaja, dia boleh tidak mengendahkannya . Jadi, dalam keadaan sedemikian ini, ia mungkin menghalang pihak-pihak berkuasa kita seperti  polis, Kementerian Dalam Negeri bertindak dalam soal sini, " katanya. 

Wan Junaidi berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium  Universiti Malaya-National University of Singapore Hybrid: Pindaan Perlembagaan dan Struktur Asas  di Malaysia, di sini hari ini. 

Ketika ditanya “Adakah mustahil untuk membawa pulang Jho Low?”, Wan Junaidi berkata: “Saya tidak kata mustahil tetapi ia bukannya mudah.”

Jho Low dikehendaki bagi membantu siasatan berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) cuba mengesan dan membawanya pulang ke negara ini, namun usaha pihak berkuasa setakat ini masih belum berhasil. - Bersama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

2 Warga China Maut, 19 Selamat Bas Persiaran Terbalik Di Genting Highlands

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Berkenan Terima Menghadap PM China Li Qiang

3

Semasa 3 bulan yang lalu

China Sedia Kerjasama Dengan Malaysia, Bina Komuniti China-Malaysia - Li Qiang

4

Sukan 5 bulan yang lalu

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia