web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cadangan Tutup Pejabat UNHCR, Terpulang Kepada Malaysia - AS

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 9:42PM

Rodzi Md Saad mencadangkan pejabat UNHCR di Malaysia ditutup bagi membolehkan Putrajaya menguruskan pelarian di negara ini dengan lebih baik. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Amerika Syarikat (AS) menyerahkan kepada kerajaan Malaysia untuk membuat keputusan berhubung cadangan menutup pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini. 

Timbalan Penolong Setiausaha Biro Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Jabatan Negara AS Melissa Brown berkata demikian semasa sesi meja bulat bersama media Malaysia di Kedutaan AS di Malaysia di sini, hari ini.

Media melaporkan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad mencadangkan pejabat UNHCR di Malaysia ditutup bagi membolehkan Putrajaya menguruskan pelarian di negara ini dengan lebih baik tanpa "gangguan luar".

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata  cadangan untuk menutup pejabat UNHCR di Malaysia, tidak bermaksud hubungan dengan badan antarabangsa itu terputus.

Brown yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi turut memuji Malaysia yang menjadi tuan rumah kepada ramai pelarian dan memastikan mereka mendapat akses pendidikan serta rawatan perubatan.

Mengenai hubungan diplomatik AS-Malaysia yang telah menjangkau 65 tahun, Brown berkata ikatan itu berakar umbi berdasarkan hubungan rapat antara rakyat, ekonomi dan keselamatan.

“Dari perspektif AS, kami mahu menjalinkan hubungan yang akrab dengan Malaysia, memperkukuh ikatan persahabatan dan kerjasama berdasarkan nilai demokrasi, menghormati hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua negara akan terus memperluas hubungan perdagangan serta pelaburan dengan mengambil kira AS sebagai pelabur asing utama di Malaysia terutama dalam sektor elektronik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia