web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Deepavali: Pelawat Diminta Patuhi Peraturan Elak Kesesakan Di Pintu Masuk Malaysia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2022 8:14PM

Khairul Dzaimee Daud - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelbagai persediaan dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi mendepani kemasukan mendadak pelawat dari Singapura, menerusi pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) bersempena Deepavali, esok. 

Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud memberi amaran kepada pelawat yang memasuki negara ini, khususnya menerusi pintu masuk BSI dan KSAB agar memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan proses pemeriksaan dokumen lancar.

Menurutnya, antara persiapan itu adalah pembukaan kaunter manual, ‘autogate’ serta laluan motosikal supaya boleh beroperasi pada tahap terbaik.

“Pelawat dinasihatkan supaya memastikan dokumen perjalanan dan lain-lain dokumen, seperti visa bagi negara yang memerlukan visa tersedia serta masih dalam tempoh sah laku.

“Ini bagi mengelakkan tiada masalah timbul semasa pemeriksaan dan dokumen tidak teratur akan menyebabkan kemasukan ditolak,” katanya hari ini. 

Dalam pada itu, Khairul Dzaimee berkata, ejen pelancongan diminta mengemukakan lebih awal senarai pelawat dan jumlah bas pelancongan. 

“Terdapat keperluan ia dilakukan seperti termaktub dan dipersetujui dalam sesi libat urus pada 12 Oktober lalu. 

“Dalam kesempatan ini, JIM mengucapkan selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua,” katanya. 

Semalam, tular di laman sosial mengenai keadaan di BSI sesak dan berlaku tolak-menolak dipercayai kerana berebut untuk memasuki Malaysia bersempena Deepavali, Isnin ini. 

Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengawal cubaan rempuhan oleh pelawat dari Singapura di Bangunan Sultan Iskandar, Johor.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dilaporkan berkata, insiden (rempuhan) terbabit dipercayai berlaku akibat pertambahan pengembara yang memasuki Malaysia. 

Tegasnya, kesesakan bermula pada jam 8 malam dari kaunter pengesahan pasport Imigresen hingga ke laluan bas untuk memasuki Malaysia, namun keadaan itu dapat dikawal kira-kira dua jam kemudian. 

“Ketika pihak polis bantuan cuba membantu menangani kesesakan di kawasan pengesahan pasport di bangunan itu, beberapa cubaan rempuh dilakukan kumpulan pelawat berkenaan.

“Pemantauan dan kawalan ditambah, kekuatan anggota bertugas di balai polis BSI serta anggota polis bantuan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di BSI turut ditambah,” katanya. - Getaran, 23 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula