web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tunku Putera Johor Selamat Dalam Kemalangan Pada Perlumbaan GT Australia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 7:54AM

Tunku Putera Johor tidak mengalami kecederaan selepas kereta dipandu di GT World Challenge Australia terbabas dan terbalik di litar Mount Panorama, Bathurst, New South Wales, Australia, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan rasa syukur anakanda baginda, Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar tidak mengalami kecederaan selepas kereta dipandu ketika pusingan kelayakan GT World Challenge Australia terbabas dan terbalik di litar Mount Panorama, Bathurst, New South Wales, Australia, semalam.

"Saya bersyukur Tunku Putera tidak cedera. Pastinya tengah terkejut tetapi dia ok. Saya memberitahunya untuk terus kuatkan semangat, teruskan usaha dan harumkan nama Johor.

"Dia hampir melayakkan diri di tempat ketiga untuk perlumbaan esok dan ia adalah penampilan pertama Tunku Abu Bakar di litar itu. Dia dan Tunku Panglima (Tunku Abdul Rahman) menunjukkan potensi serta persembahan yang baik. Semoga kita mendapat keputusan yang baik esok," titah Sultan Ibrahim dalam hantaran yang dimuat naik dalam laman Facebook baginda.

Menurut hantaran itu, pemanduan lebih 200 kilometer sejam melalui bahagian McPhillamy Park litar itu menyebabkan Tunku Abu Bakar hilang kawalan dan terbabas ke penghadang tayar sebelum kereta Mercedes-Benz GT3 yang dipandu terbalik.

Orang ramai menarik nafas lega sejurus melihat Tunku Abu Bakar berjaya keluar dari kereta dan menunjukkan isyarat 'peace' kepada penonton sebelum menaiki kenderaan kakitangan litar dan perubatan.

Berikutan insiden dan kerosakan yang dialami, Tunku Abu Bakar dan rakan sepasukan, Jamie Whincup terpaksa menarik diri daripada saingan perlumbaan 'endurance' tiga jam esok.

Tunku Abdul Rahman bersama rakan sepasukan Broc Feeney pula akan meneruskan cabaran JMR Triple Eight Race Engineering, bermula dari petak kedua grid. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Upacara Ketenteraan Pelengkap Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Agong Berkenan Rasmi Hari Landskap Negara 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'