web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Mahu Serah Piala Kepada Pemimpin Dipilih Perdana Menteri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2022 3:32PM

Mohd Yusof Musa berkata, Piala Parlimen Johan Putrajaya itu akan diserahkan kepada pemimpin tersebut sebaik sahaja Dewan Rakyat bersidang nanti - Gambar oleh Fitri Nizam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pelbagai situasi dan reaksi dapat disaksikan di sekitar kawasan luar Istana Negara di sini yang kini dipenuhi pengamal media, bagi mengetahui perkembangan kemelut penubuhan kerajaan yang masih berterusan sehingga kini.

Antaranya, kehadiran seorang lelaki menggelarkan dirinya sebagai rakyat prihatin sehingga mencuri tumpuan media apabila membawa piala untuk diserahkan kepada pemimpin politik yang akan diangkat menjadi Perdana Menteri di depan Pintu 2 Istana Negara.

Bagaimanapun, individu terbabit, Mohd Yusof Musa berkata, Piala Parlimen Johan Putrajaya itu akan diserahkan kepada pemimpin tersebut sebaik sahaja Dewan Rakyat bersidang nanti.

Menurutnya, piala itu sebenarnya ingin diserahkan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas Pakatan Harapan (PH) menawan Putrajaya pada tahun 2018.

“Bagaimanapun, ketika bertemu Tun di Parlimen saya teragak-agak untuk menyerahkannya dan tiba-tiba kerajaan PH pun tumbang.

“Jadi saya berniat untuk serahkan piala tersebut kepada pemimpin yang diangkat menjadi Perdana Menteri selepas PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) ini,” katanya ketika ditemui.

Beliau hadir seorang diri hanya untuk menunjukkan piala tersebut, sambil memberikan pengamal media air minuman tenaga sebelum meninggalkan lokasi. - Getaran, 22 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Jadi Tumpuan, Detik Bersejarah Setiap 5 Tahun

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia