web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


NAFAS Gagal Selesai Masalah Golongan Pesawah - Pesawah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2021 4:53PM

Sebahagian pesawah di Kedah meluahkan isi hati mereka yang kecewa dengan kelewatan pengedaran benih padi sah oleh NAFAS di Kampung Pulau Kabu, Kodiang, Kedah, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - Keputusan kerajaan melantik Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sebagai pengedar tunggal benih padi sah bermula Disember 2020, didakwa masih belum mampu menyelesaikan beberapa isu berbangkit yang membelenggu golongan pesawah sejak beberapa tahun lalu.

Menurut beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan, isu melibatkan kelewatan pengedaran benih padi sah yang berlarutan sejak 2017 kian memburuk.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah), Fuad Yaacob, kalangan pesawah ketika ini sudah mula resah apabila NAFAS masih gagal membekalkan benih padi sah ke sebahagian besar kawasan di semenanjung tanah air.

Sedangkan katanya, kebanyakan petani termasuk di kawasan Muda yang memegang status sebagai pengeluar padi terbesar negara, telah lama bersedia untuk menabur benih, memandangkan jadual dikeluarkan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyatakan mereka boleh berbuat demikian sejak 1 April lalu.

"Tetapi kini sudah terlewat lebih dua minggu dari jadual. Jika dilengahkan lagi, mungkin mereka perlu mengulangi proses-proses yang sudah dilakukan sebelum ini menyebabkan banyak kos terpaksa dikeluarkan.

"Justeru kerajaan diminta memberi perhatian terhadap isu ini. Jika berlarutan, tidak mustahil isu ini juga akan menjejaskan bekalan beras negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang turut dihadiri Pengerusi Badan Bertindak Petani MADA, Che Ani Mat Zain serta sekumpulan pesawah bagi menyatakan kekesalan mereka terhadap apa yang berlaku di Kampung Pulau Kabu di sini, hari ini.

Semalam, Pengerusi Jawatakuasa Pertanian Industri Makanan, Perusahaan Perladangan Komoditi dan Hal Ehwal Masyarakat India Kedah, Azman Nasrudin turut mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu, dan mendakwa masalah terbabit timbul kerana benih padi MR297 yang dikehendaki petani kini tiada dalam pasaran.

Justeru kata Azman, NAFAS mencadangkan supaya para petani menukar penggunaan benih MR297 kepada MR219 pada kadar 50 ke 60 peratus agar masalah tersebut dapat diatasi dalam tempoh seminggu.

Fuad menambah, kegagalan menyelesaikan masalah asas berkaitan benih padi sedikit sebanyak mendatangkan keraguan golongan pesawah terhadap kemampuan kerajaan untuk melaksanakan program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang didakwa mampu meningkatkan hasil dalam masa terdekat.

"Menerusi program itu, pesawah dikatakan perlu menyerahkan sawah kepada syarikat tertentu untuk diusahakan. Jika isu benih ini pun tak dapat diselesaikan, tak mustahil program itu juga akan bermasalah nanti.

"Setakat ini kami masih mengharapkan NAFAS untuk menyelesaikan isu berbangkit tetapi janganlah sampai satu tahap yang membuatkan kepercayaan itu hilang," katanya.

Sementara itu Pengerusi Badan Bertindak Petani MADA, Che Ani Mat Zain berkata, kalangan pesawah menentang 100 peratus cadangan tersebut kerana benih MR219 tidak sesuai ditanam pada masa sekarang.

"Benih MR219 memiliki batang yang lembut menyebabkannya mudah rebah walaupun hasilnya baik. Dalam keadaan cuaca yang sering hujan sekarang, tidak sesuai untuk kalangan pesawah menggunakan benih jenis itu.

"Kalau gunakan juga, hasil diterima pesawah mungkin boleh berkurang hingga 50 peratus," katanya. – Getaran, 20 April 2021 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Harga Lembu Korban Di Kedah Kekal Antara RM750-RM800 1 Bahagian

2

Kisah Kita 2 minggu yang lalu

Dulu Hantar Anak Ke Pejabat Agama, Kini Ibu Ayah Terbuka Hati Peluk Islam

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Umum Projek: ‘Saya Tak Pernah Rugikan Kerajaan 1 Sen Pun’ - MB

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pusat Jantung Hospital Serdang Hadapi Masalah, 4 Dewan Bedah Tak Boleh Diguna

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Norjuma Dikenakan Waran Tangkap Tidak Hadir Prosiding Sebutan Kes

Semasa 13 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

Semasa 1 jam yang lalu

3 Maut, 4 Parah Traktor Pekerja Ladang Jatuh Gaung