web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Digesa Lantik 18 Ahli Parlimen Wanita Jawatan Menteri, Timbalan Menteri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Nov 2022 11:47AM

Pantau PRU-15 turut menggesa sasaran dasar afirmatif Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) agar penglibatan 30 peratus wanita dalam badan legislatif dan eksekutif dicapai dalam kerajaan baharu - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa melantik sekurang-kurangnya 18 Ahli Parlimen wanita ke jawatan menteri atau timbalan menteri.

Jurucakap Pantau PRU-15 yang diketuai Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) berkata, sungguh pun suara wanita diwakili hanya 30 wakil rakyat dalam Parlimen, namun kebolehan mereka sebagai pemimpin tidak harus diragui.

Malah, menurut pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai 200 NGO wanita itu, setiap Ahli Parlimen wanita mempunyai rekod prestasi cemerlang, justeru mereka turut mengesyorkan agar jawatan tersebut turut diberikan kepada wakil rakyat pembangkang.

“Kami menggesa pertimbangan yang sedalam-dalamnya, 18 Ahli Parlimen wanita dalam parti yang menubuh kerajaan untuk jawatan menteri dan timbalan menteri.

“Demi memperkukuh perpaduan, Pantau PRU-15 juga mencadangkan Ahli Parlimen pembangkang berpengalaman dan mempunyai latar belakang kepimpinan baik dipertimbangkan," katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Dalam pada itu, beliau berkata, memandangkan perwakilan wanita dalam Dewan Rakyat hanya 13.5 peratus sahaja, Pantau PRU-15 berharap lebih ramai pemimpin wanita dilantik sebagai senator di Dewan Negara. 

Jelasnya, terdapat keperluan perkara itu dilaksanakan berikutan hanya lapan (18 peratus) daripada 46  wanita yang telah dilantik menjadi Senator. 

“Keputusan PRU-15 kali ini mempunyai hikmah pembentukan kerajaan Perpaduan dengan semangat pembaharuan yang luar biasa.

“Tatakelola baharu pasca PRU-15 termasuk pelaksanaan peningkatan inklusiviti gender demi kepentingan dan kemajuan negara," katanya. 

Sementara itu, beliau turut menggesa sasaran dasar afirmatif Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) agar penglibatan 30 peratus wanita dalam badan legislatif dan eksekutif dicapai dalam kerajaan baharu.

“Gesaan ini bersandarkan kajian yang menunjukkan penglibatan dan perspektif wanita dalam kepemimpinan meningkatkan mutu pembuat keputusan dan pulangan hasil yang amat baik.

“Pencapaian sekurang-kurangnya 30 peratus akan memperbaiki imej negara di mata antarabangsa dari segi kedudukan kepimpinan politik dalam Indeks Jurang Gender Dunia,” katanya.

Pada masa sama, Pantau PRU-15 turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Anwar atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Pantau PRU-15 menaruh penuh harapan agar Anwar menumpukan perhatian kepada proses penyatuan semula rakyat sebagai sebuah bangsa setelah proses kempen pilihan raya disifatkan sebagai memecahbelahkan masyarakat.

“Rakyat mengharapkan sebuah kerajaan yang inklusif dalam agenda pengukuhan perpaduan, pemacuan perkembangan ekonomi dan jaminan keadilan bersandarkan Perlembagaan Persekutuan," katanya. - Getaran, 28 November 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 6 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 54 minit yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok