web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wanita Geng Nicky Diarah Bela Diri, Pendakwa Berjaya Buktikan Prima Facie

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Nov 2022 2:27PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang wanita daripada anggota kumpulan jenayah terancang yang dikenali sebagai 'Geng Nicky', membela diri atas enam pertuduhan, termasuk pengubahan wang haram.

Hakim Sabariah Othman membuat keputusan itu selepas pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Lim Kang Li, setelah meneliti keterangan saksi dan ekshibit yang dikemukakan.

Menurut fakta kes diterima Getaran, tertuduh memohon agar dibicarakan di bawah Seksyen 112 dan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1957 serta tiga pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. 

Sabariah juga bersetuju Kang Li dituduh di bawah Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1957 kerana gagal mengemukakan borang nyata cukai pendapatan, walaupun tertuduh mempunyai pendapatan yang layak dikenakan cukai.

“Bagi pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, elemen yang perlu dibuktikan adalah Orang Kena Tuduh (OKT) telah melibatkan diri dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram.

“Tertuduh juga mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa harta itu ialah hasil daripada aktiviti haram,” katanya.

Sebutan sambungan kes ditetapkan pada 11 dan 31 Januari tahun depan dan pihak pembela akan memanggil kira-kira empat saksi. 

Pada masa sama, tertuduh telah memaklumkan kepada mahkamah untuk memberikan keterangan bersumpah pada perbicaraan akan datang.

Kang Li, 31 berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang berjumlah RM120,000 dan tiga lagi tuduhan pelanggaran undang-undang cukai pendapatan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini antara 4 Mei 2018 dan 16 Mei 2020.

Kang Li turut didakwa mengubah wang berjumlah RM28,885.70, RM75,133.02 dan RM15,808 pada tempoh itu.

Dia turut menghadapi dua pertuduhan tidak mengisytiharkan jumlah sebenar cukai pendapatannya untuk 2018 dan 2019 berjumlah RM131,150 dan RM309,100, sedangkan dia patut membayar sebanyak RM28,885.70 serta RM75,133.02.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di tempat sama, antara 4 Mei 2018 serta 2 Mei 2019.

Pada masa sama, Kang Li turut didakwa tidak menyerahkan borang nyata cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2019 pada 16 Mei 2020 di tempat sama.

Sebelum ini, enam belas individu, termasuk Kang Li didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya April, tahun lalu kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Namun Nicky Liow Soon Hee, 33, yang mempunyai gelaran “Datuk Seri” dan pembantunya, Niu Zhe didakwa tanpa hadir kerana mereka melarikan diri.

Seramai 14 individu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang tidak membenarkan mereka diikat jamin. - Getaran, 30 November 2022.


 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 54 minit yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 6 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula