web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tangani Isu Ketidakpuasan Hati Pekerja, ‘Jeritan’ Rakyat Miskin Perlu Didengari

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 6:47PM

Perdana Menteri digesa menangani isu ketidakpuasan hati pekerja yang semakin meningkat saban hari khususnya membabitkan golongan miskin di negara ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa menangani isu ketidakpuasan hati pekerja yang semakin meningkat saban hari khususnya membabitkan golongan miskin di negara ini.

Penasihat Buruh Antarabangsa Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM), Callistus Antony D’Angelus berkata, ‘jeritan’ rakyat miskin yang bekerja perlu didengari oleh kerajaan memandangkan situasi semasa ekonomi negara agak teruk sehingga menyebabkan kesabaran golongan berkenaan semakin menipis.

Menurut beliau, semua kerajaan yang pernah mentadbir termasuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018 pernah membuat kenyataan akan menjaga dan melindungi kepentingan pekerja namun sehingga satu tahap ia menemui kegagalan.

Tegasnya, kegagalan yang paling ketara adalah beberapa langkah nominal telah dibuat untuk memberi manfaat kepada pekerja, seperti pengenalan gaji minimum pada tahun 2013.

“Sebelum memperkenalkan sebarang langkah taktikal dan biasanya tokenistik (buat cukup syarat) yang bertujuan menenangkan pekerja untuk seketika, penilaian strategik perlu dilakukan bagi menghargai kekuatan dan kelemahan sistem.

“Kemudian putuskan apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan dalam menangani isu-isu yang melanda pekerja di negara ini.

“Jika ini bermakna sistem itu perlu dirombak secara radikal, kerajaan baharu seharusnya mempunyai tekad untuk berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas beliau, sudah tiba masanya kerajaan mentadbir dan menangani peningkatan kos sara hidup, kemiskinan mutlak dan relatif, eksploitasi pekerja serta penganiayaan terhadap aktivis buruh.

Katanya lagi, tahap kemiskinan perlu diukur dalam konteks masa kini dan tidak menggunakan piawaian zaman dahulu memandang keperluan dan kehendak masa kini sudah berubah.

“Kerajaan harus melihat untuk memastikan setiap pekerja dibayar ‘upah hidup’ supaya mereka boleh mengambil bahagian secara bermakna dalam masyarakat.

“Persoalan mengenai seseorang itu pro modal atau pro buruh tidak sepatutnya timbul, dan hala tujunya harus dalam mewujudkan platform keadilan sosial berkembang maju. 

“Semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kedudukan mesti mempunyai peluang yang sama untuk menentukan nasib sosial dan ekonomi mereka,” katanya.

Beliau berkata, Perdana Menteri juga perlu mula merangka semula strategi untuk mengembalikan Kementerian Buruh sebagai permulaan untuk menumpukan semula perhatian kerajaan bagi memenuhi kepentingan rakyat Malaysia.

“Untuk merombak landskap buruh di negara ini, tindakan perlu diambil secara berbeza dan beberapa perspektif baharu diperlukan. “Pendekatan tradisional bagaimana pihak kolonial dan kleptokrat Malaysia melihat sesuatu perlu diketepikan.

“Terdapat beberapa minda cemerlang di luar sistem yang boleh dimanfaatkan, seperti Syed Shahir Syed Mohamud dan K S Jomo,” katanya.

Syed Shahir adalah mantan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) manakala K S Jomo atau Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram pula adalah pakar ekonomi terkenal di negara ini.  – Getaran, 1 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 1 bulan yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia