web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: Kawal Kluster Pendidikan Sebelum Membarah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Apr 2021 8:15AM

Kes COVID-19 yang semakin meningkat di sekolah telah membimbangkan ibu bapa. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika negara berdepan dengan lonjakan kes harian baharu yang semakin menghampiri tiga (3) ribu, kes positif COVID-19 kini semakin banyak dikesan dalam kalangan pelajar sekolah dan institusi pendidikan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini meletakkan kes berkenaan dalam kategori tersendiri iaitu Kluster Sekolah/Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (IPKPM).

Terdahulu, kes yang melibatkan pusat pendidikan adalah di bawah Kluster Tempat Kerja (KTK) yang sinonim dengan kilang dan tapak binaan.

Antara kluster lain yang mencetuskan kes harian baharu termasuk kluster komuniti, kluster pusat tahanan dan kluster import. 

Pada Jumaat (23 April 2021), lima (5) daripada lapan (8) kluster baharu yang diumumkan oleh KKM adalah kluster pendidikan termasuk empat (4) kluster sekolah/IPKM.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menyatakan pada 21 April lepas, kes COVID-19 dikesan dalam sektor pendidikan di Malaysia sejak 1 Januari 2021.

Dalam kenyataan akhbarnya mengenai Situasi Semasa Jangkitan COVID-19 Dalam Sektor Pendidikan di Malaysia, beliau berkata, setakat 21 April 2021, sebanyak 83 kluster dikesan, melibatkan 4,868 kes. Daripada jumlah itu 49 kluster masih aktif yang melibatkan 2,617 kes.

Sementara itu, daripada lima (5) kluster pendidikan yang diumumkan semalam, dua dikesan di Sarawak iaitu Kluster Jalan Roban Lama dan Kluster Jalan Selirik. Kluster Jalan Roban Lama melibatkan daerah Saratok dan Kabong dan setakat 23 April mencatat 48 kes positif COVID-19. 

Kluster Jalan Selirik melibatkan daerah Kapit dan setakat hari ini, sebanyak 23 kes positif COVID-19 dikesan.

Pada 17 April, Sarawak mencatat dua kluster pendidikan dan satu daripadanya, Kluster Ulu Balingian yang melibatkan daerah Selangau merekod sebanyak 101 kes positif daripada 200 individu yang disaring setakat tarikh berkenaan.

Kes yang banyak di Bumi Kenyalang itu menyebabkan Ketua Menterinya, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg mengistiharkan semua sekolah di 18 daerah yang diletakkan dalam zon merah ditutup selama dua minggu.

Sementara itu, daripada tiga kluster Sekolah/IPKPM yang diumumkan  pada 22 April, Kluster Jalan Shah Banting (Selangor) merekod kes yang tinggi iaitu 58 kes setakat 22 April.

Kluster ini hasil saringan bersasar pelajar sebuah institusi pendidikan di Jalan Sultan Suleiman Shah, Banting, Kuala Langat. 

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan DiPerketatkan (PKPD) untuk Sekolah Menengah Sains Banting, Kuala Langat, berkuatkuasa 24 April hingga 7 Mei 2021.

Sekolah ini dikaitkan dengan Kluster Jalan Shah Banting dan setakat hari ini, 71 kes positif COVID-19 dikesan.

Di Johor, sebanyak 27 sekolah iaitu 17 sekolah kebangsaan, sekolah menengah, sekolah jenis kebangsaan dan 10 sekolah agama ditutup secara berperingkat kerana rekod kes positif COVID-19 dalam kalangan petugas, murid dan pelajar.

Sekolah berkenaan dilaporkan ditutup selama seminggu untuk membolehkan ujian saringan COVID-19 dijalankan dan kerja sanitasi dijalankan.

Dalam ketika debat sama ada Malaysia berhadapan dengan kemungkinan berlaku Gelombang Keempat pandemik COVID-19, sehingga pukul 12 tengah hari Jumaat 23 April 2021, kes harian baharu COVID-19 dalam negara melonjak kepada 2,847 kes.

Kes harian baharu secara konsisten berada pada paras lebih dua ribu sepanjang tempoh rangkuman mingguan Bernama (17 April hingga 23 April 2021).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 2,847 kes itu, sebanyak 2,843 kes adalah penularan tempatan, iaitu 2,601 warganegara (91.5 peratus) dan 242 bukan warganegara (8.5 peratus).

Kes import yang direkod hari ini adalah sebanyak empat (4) kes, kesemuanya melibatkan bukan warganegara.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 meningkat kepada 22,512 kes, sementara kes kumulatif COVID-19 di Malaysia, sebanyak 387,535 kes.

Dengan 387,535 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 44 (berbanding 45 minggu lepas) dalam senarai 216 buah negara yang dilanda pandemik COVID-19.

Di hadapan Malaysia adalah Bulgaria (394,594 kes) dan Arab Saudi (410,191 kes). 

Setakat 23 April 2021, sebanyak 2,341 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes pesakit yang pulih daripada COVID-19 kini 363,608 kes atau 93.8 peratus.

Sehingga Jumaat 23 April 2021, jumlah kluster yang direkod dalam negara adalah sebanyak 1,573 kluster dan 1,219 daripadanya ditamatkan.

 Kluster yang masih aktif adalah sebanyak 354 dan daripada jumlah itu, 72 kluster mencatat pertambahan kes baharu. - Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah