web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Negara Pertama Asia Pasifik Cipta Rangkaian Site Catalyst Penyelidikan Klinikal

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Dec 2022 9:37PM

Dr Ken Lee (kanan) menandatangani perjanjian piagam dengan Dr Akhmal Yusof (kiri), di Putrajaya hari ini. - Gambar oleh Aiman Sadiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia menjadi negara pertama di Asia Pasifik yang akan melaksanakan rangkaian Site Catalyst dalam bidang penyelidikan klinikal dengan kerjasama Syneos Health.

Pengurus Besar dan Ketua Rantau Asia Pasifik Syneos Health, Dr Ken Lee berkata, sistem julung kali diperkenalkan itu, memberikan faedah kepada Malaysia dalam meneliti penyelidikan klinikal dikendalikan Syneos Health.

Menurutnya, kerjasama antara Clinical Research Malaysia (CRM) dan Syneos Health juga mampu memformalkan kemasukan tapak penyelidikan klinikal di Malaysia, demi memastikan kajian dihasilkan anak tempatan lebih berkualiti. 

“Di samping meningkatkan kecekapan dalam operasi penyelidikan, kolaborasi itu mampu merangka penyelesaian dan pihak industri dapat memastikan kualiti konsisten dicapai menerusi penyelidikan klinikal. 

“Tindakan berkenaan akan meletakkan Malaysia di bawah program ‘Syneos Health Catalyst’ yang berpeluang meningkatkan peluang negara ini, menyertai penyelidikan klinikal lain di seluruh dunia. 

“Malaysia turut mendapat manfaat melalui amalan dan kemahiran terbaik dari tapak penyelidikan di pelbagai negara. Dengan kerjasama ini, tapak penyelidikan di sini akan membentuk rangkaian Site Catalyst pertama dengan Syneos di rantau Asia Pasifik,” katanya pada program menandatangani perjanjian piagam antara CRM dan Syneos Health di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini, hari ini. 

Perjanjian piagam itu ditandatangani antara beliau dan Ketua Pegawai Eksekutif CRM dan Dr Akhmal Yusof. 

Majlis tersebut turut disaksikan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. 

Lee berkata, pengiktirafan penyelidikan klinikal Malaysia di peringkat global merupakan antara punca pihaknya mahu memulakan initiatif tersebut di negara ini. 

Beliau berpandangan, pemangkin utama pihaknya tertarik mahu bersama Malaysia, disebabkan penemuan biosimilar onkologi, terapi sel dan gen yang mementingkan penghasilan penyelidikan klinikal berkualiti. 

“Adalah penting untuk kita bekerjasama dengan negara seperti Malaysia dalam melancarkan pembangunan terapi baru ini untuk akses pesakit di seluruh dunia.

“Justeru, penubuhan kerangka Catalyst di Malaysia adalah penting untuk kami mencapai misi dan visi,” katanya.

Zaliha ketika berucap berkata, kolaborasi antara CRM dan Syneos Health membuktikan kematangan industri penyelidikan klinikal ditaja di Malaysia.

Dengan kerjasama itu, katanya, pihaknya dapat melancarkan proses penyelidikan klinikal dan memastikan kemahiran terbaik dapat digunakan di tapak kajian di negara ini. 

Jelasnya, Malaysia juga akan dapat menambah baik proses kerja dalam merancang dan menjalankan penyelidikan. - Getaran, 23 Disember 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 10 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 4 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan