web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Masih Terlalu Awal Untuk Menilai Keberkesanan Anwar Mentadbir Negara – Annuar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2022 9:09AM

Annuar musa yakin dengan kemampuan Anwar kerana kedua-dua mereka pernah berkhidmat bersama dalam Kabinet - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diberi masa dan ruang mencukupi untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri, sebelum sebarang penilaian boleh dibuat terhadap keberkesanannya mentadbir negara, kata mantan pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Bagaimanapun, katanya, beliau yakin dengan kemampuan Anwar kerana kedua-dua mereka pernah berkhidmat bersama dalam Kabinet, iaitu sebagai menteri ketika UMNO menjadi kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1990-an.

“Saya kenal dia kerana kami sama-sama bangkit dalam politik semasa zaman aktivisme mahasiswa pada 1970-an dan kami berkhidmat dalam Kabinet selama sepuluh tahun,” katanya pada program ceramah khas di Sinar Harian malam tadi.

Malah, Annuar menegaskan, beliau melihat Ahli Parlimen Tambun itu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (pada Disember 1993) yang membuatkannya yakin Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkenaan mempunyai pengalaman untuk mentadbir.

“Namun, apabila mentadbir negara, ia juga bergantung kepada Kabinet dan cara mereka bekerja sebagai satu pasukan,” katanya.

Bagaimanapun, Annuar yang juga mantan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, ujian sebenar bagi kerajaan adalah mendepani situasi ekonomi global mencabar pada 2023.

“Tidak kira siapa Perdana Menteri, tetapi tahun depan akan menjadi tahun mencabar bagi kerajaan kerana ekonomi global dijangka berdepan pergolakan,” katanya.

Annuar yang turut berkhidmat sebagai menteri di bawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dipecat daripada UMNO pada awal bulan ini.

Beliau pernah mendakwa pentadbiran di bawah Ismail Sabri bergelut menangani isu inflasi dan kenaikan kos sara hidup.

Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa kerajaan terdahulu membelanjakan lebih RM70 bilion untuk subsidi, dengan menyatakan amalan seperti itu yang dilaksanakan untuk membantu rakyat tidak akan mampan.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, nama ‘Kerajaan Perpaduan’ yang digunakan pentadbiran sekarang adalah tidak sesuai.

“Bagi saya, ia akan menarik jika wujud Kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang, tetapi blok politik terbesar diundi orang Melayu adalah dalam kerajaan.

“Ia sebenarnya bukan Kerajaan Perpaduan, tetapi ini kerajaan campuran yang dibina tiga blok politik utama,” katanya merujuk kepada kerjasama antara PH, BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). –The Vibes, 30 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Penarafan Kredit Malaysia Kekal: Bukti Pengurusan Ekonomi Berhemat Kerajaan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kadar Baharu Kenaikan Gaji Penjawat Awam Diumum Sebelum Pembentangan Belanjawan 2025 - Anwar

3

Semasa 4 hari yang lalu

Anwar Ajak Orang Ramai Hadir, Hayati Pementasan Teater ‘Haji Murat’

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia, China Komited Pertingkat Kerjasama Demi Kepentingan Bersama

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Mesyuarat SPR Berlangsung, Bincang Urusan PRK Nenggiri

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

Semasa 3 minit yang lalu

Pengasas PKR, Syed Husin Ali Meninggal Dunia

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Injunksi Sementara Azizi Henti PRK DUN Nenggiri