web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Catat Hasil Tertinggi Dalam 6 Tahun, Selangor Sedia Hadapi Kemelesetan Ekonomi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2023 3:13PM

Amirudin berkata pertumbuhan ekonomi Selangor pada tahun lalu terus mencatat peningkatan dan mengatasi kadar pertumbuhan nasional. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kedudukan ekonomi Selangor terus kekal kukuh selepas berjaya mencatatkan jumlah hasil tertinggi dalam tempoh enam tahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pertumbuhan ekonomi tahun lalu terus mencatat peningkatan dan mengatasi kadar pertumbuhan nasional.

"Perkara itu membuktikan kekuatan ekonomi Selangor kekal kukuh dan mampan, dan ia didorong dasar kerajaan negeri yang stabil serta mesra perniagaan.

"Selangor turut mencatatkan sumbangan 24.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, iaitu jumlah tertinggi setakat ini,” katanya menerusi perutusan Tahun Baharu 2023, hari ini. 

Amirudin Shari
Amirudin Shari

Amirudin pada 28 Oktober lalu memaklumkan, kutipan hasil negeri mencapai RM2.17 bilion, sekali gus mengatasi sasaran awal RM2.05 bilion yang ditetapkan sebelum ini.

Beliau berkata, Selangor sedia mendepani ketidaktentuan dan kemelesetan ekonomi yang dijangka berlaku pada tahun ini.

“Kerajaan Selangor akan meneruskan dasar dan kebijaksanaan yang akan meningkatkan daya tahan ekonomi bagi menghadapi kemungkinan berkenaan.

“Pada masa sama, usaha ke arah memastikan jaminan bekalan makanan, pendidikan, keselamatan siber dan kesihatan awam tetap menjadi perhatian kerajaan negeri,” katanya.

Sehubungan itu, Amirudin mengharapkan Pakatan Harapan (PH) terus diberi mandat dalam pilihan raya negeri (PRN) tahun ini demi kestabilan dan kebajikan rakyat.

Beliau berkata, Selangor menjadi contoh dalam pengurusan pandemik COVID-19 di negara ini berdasarkan fakta dan sains.

Kerajaan negeri juga jelasnya, akan meneruskan agenda ‘Selangor Penyayang’ menerusi pengenalan 48 program kebajikan yang memberi manfaat kepada rakyat.

“PRN Selangor yang akan dilaksanakan pada 2023 semestinya menjadi topik tak terelakkan. Sebagai tunjang PH, adalah diharapkan rakyat dapat memberikan mandat kepada PH untuk meneruskan kecemerlangan dan kejayaan di bumi Darul Ehsan.

“Sejak 2018, prestasi PH telah terbukti dalam mengekalkan kedudukan Selangor sebagai pasak dan tiang seri negara,” katanya. 

Tambah beliau, PH juga telah membuktikan keupayaan mentadbir Selangor dengan stabil dan integriti berbekalkan tekad membangun sebuah negeri yang makmur, rencam serta sentosa.

“Kerencaman masyarakat di Selangor yang unik ini memerlukan satu pentadbiran peka dan prihatin, sekali gus tidak mengamalkan ekstremisme,” katanya.

Selangor tegasnya, menentang keras sebarang tindakan ekstremisme dan politik kebencian yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat. 

Tambah beliau, pihaknya bertanggungjawab memastikan perpaduan kaum di Selangor tidak musnah akibat keganasan politik.

“Kita telah melihat bagaimana beberapa platform media sosial dicemari agenda ekstremisme bagi mendapatkan sokongan ketika PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) lalu. Ekstremisme dan politik kebencian tidak ada tempat di bumi Selangor. 

“Kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan fabrik sosial di Selangor ini tidak musnah dan hancur akibat politik ekstremisme kerana Selangor adalah cerminan kepada keadaan sosial di Malaysia,” katanya. - Getaran, 1 Januari 2023. 









 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 7 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 13 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula