web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jual Arak Di Pusat Beli Belah, ADUN Bidas MP

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Jan 2023 9:09PM

ADUN Pulau Pinang membidas tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, yang membantah penjualan arak secara terbuka di pusat beli belah. - Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Pulau Pinang membidas tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan yang membantah penjualan arak secara terbuka di sebuah pusat beli-belah di negeri itu. 

ADUN Berapit, Heng Lee Lee berkata, adalah perkara biasa bagi syarikat minuman keras untuk menjalankan promosi di pusat beli-belah dan ia tidak melanggar undang-undang serta peraturan di negara ini. 

“Mengapa Muhammad Fawwaz campur tangan?,” soalnya menerusi kenyataan. 

Muhammad Fawwaz menerusi kenyataan hari ini memberitahu, beliau mendapat beberapa laporan dan aduan bahawa satu promosi penjualan arak secara besar-besaran di ruang legar sebuah pusat beli-belah di Seberang Jaya. 

Sehubungan itu, dengan mengambil kira natijah arak, beliau membantah keras penjualan arak secara terbuka di pusat beli-belah berkenaan.

Muhammad Fawwaz turut memuat naik video pertemuannya dengan pihak pengurusan pusat beli-belah terbabit di Facebook. 

Susulan isu, Lee Lee mendesak Muhammad Fawwaz menunjukkan bukti berhubung pihak yang dikatakan tidak selesa dengan penjualan arak terbabit. 

Tambah beliau, Muhammad Fawwaz mencampuri perkara tersebut tanpa sebab, malah ia didakwa menimbulkan rasa kurang selesa kepada masyarakat bukan Islam.

“Promosi bir ini jelas ditujukan kepada orang bukan Islam. Memandangkan acara ini tiada kaitan dengan umat Islam, kenapa Muhammad Fawwaz perlu mencetuskan ‘huru-hara’ dan begitu tegas terhadap pengurusan pusat beli-belah itu?” soalnya lagi. 

Menurutnya, Ahli Parlimen PAS itu perlu memahami bahawa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan masing-masing tidak mengganggu kehidupan etnik lain.

Sementara itu, ADUN Pengkalan Kota, Daniel Gooi berpendapat, bukan menjadi peranan seorang Ahli Parlimen atau wakil rakyat untuk menjadi ‘polis moral’. 

Secara jelas dan nyata, tambahnya, promosi bir berkenaan dibuat bersempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang dan ia ditujukan kepada golongan bukan muslim dengan mematuhi segala undang-undang sedia ada. 

“Sekiranya Ahli Parlimen Permatang Pauh mengambil tindakan sebagai penguatkuasa terhadap aktiviti promosi ini, apakah beliau akan mengambil tindakan terhadap aktiviti kebudayaan dan keagamaan yang diamalkan sekian lama oleh masyarakat berbilang kaum di Pulau Pinang ini?” soalnya sambil menyatakan solidariti beliau terhadap pusat beli-belah tersebut. 

Tegasnya, aktiviti promosi seumpama itu sememangnya telah dianjurkan di Pulau Pinang sejak sekian lama tanpa menggugat perasaan atau sensitiviti mana-mana pihak.

“Saya juga turut mengucapkan ‘terima kasih’ kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh kerana ‘membantu’ mempromosikan minuman bir ini.

“Terima kasih kepada Muhammad Fawwaz di atas video yang dimuat naik dan memaklumkan kepada semua bahawa terdapat aktiviti promosi minuman bir di pusat membeli belah tersebut,” katanya sinis. - Getaran, 10 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Rokok Putih, Minuman Keras Lebih RM13 Juta Dirampas

2

Video & Galeri 8 bulan yang lalu

Kenapa Tak Kunci Pintu Tu Betul - Betul?

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Pembekuan Lesen Baharu Jualan Minuman Keras: Tiada Pemansuhan Dibuat - DBKL

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Disebabkan Tuduhan Fitnah Memiliki Arak, Amylea Azizan Akui Sambutan Raya Aidil Adha Bersama Keluarga Jadi Tidak Seronok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia