web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Raja Permaisuri Agong Berkenan Berangkat Ke Masjid Sri Sendayan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2023 7:19AM

Raja Permaisuri Agong (tengah) berkenan mendengar penerangan daripada Abd Rashid Hussain (kanan) mengenai seni reka bentuk masjid ketika berangkat tiba bagi melawat sekitar Masjid Sri Sendayan malam tadi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat menunaikan solat Maghrib dan Isyak di Masjid Sri Sendayan di sini.

Seri Paduka yang tiba pada 6.30 petang diiringi anakanda Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah turut bersama-sama jemaah mendengar kuliah Maghrib bertajuk 'Sifat Mementingkan Diri Sendiri' disampaikan Ustaz Shaifudin Maulup.

Tunku Azizah turut meluangkan masa melihat keindahan seni bina masjid berkenaan dengan disertai pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB Tan Sri Abd Rashid Hussain, iaitu individu yang mewakafkan Masjid Sri Sendayan.

Masjid yang terletak di kawasan berkeluasan 4.5 hektar dengan kos lebih RM100 juta itu merupakan hasil seni dan arkitek yang hampir sepenuhnya dibawa dari luar negara termasuk Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.

Pemandangan dan suasana mempesonakan terutama menjelang senja di masjid berkenaan menjadi tumpuan orang ramai yang mengagumi keunikan rekaan bangunan yang dibina sejak 2015 itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 bulan yang lalu

Masjid Sri Sendayan Anjur Kuliah Dr Omar Suleiman 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Ustaz Don Dilarang Ceramah Di Masjid, Surau Seluruh Selangor

3

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari Raya

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia