web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari Raya

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2024 7:59AM

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama diseru meraikan Syawal dengan menziarahi kaum keluarga atau sahabat handai bagi mengeratkan silaturrahim dan mengukuhkan perpaduan.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, ketibaan Syawal harus digunakan sebaiknya untuk saling bermaafan terutama dalam kalangan ahli keluarga, saudara-mara dan rakan taulan.

Titah baginda, adalah lumrah jika ada hati yang tersinggung dalam hubungan sesama manusia.

“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan kita sesama manusia, pasti ada yang tersinggung atau terasa hati. 

“Semoga bulan yang mulia ini meningkatkan perasaan kasih sayang sesama kita,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah, kedatangan bulan Syawal harus disambut dengan penuh rasa gembira dan bersyukur di atas nikmat serta rahmat yang telah dikurniakan.

“Mudah-mudahan, segala amalan yang telah dibuat pada bulan Ramadan yang lalu akan mendapat keberkatan dan diterima oleh-Nya.

“Marilah kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga dikurniakan rahmat, keamanan dan kemakmuran yang sempurna lagi berkekalan kepada negara serta semua Bangsa Malaysia,” titah baginda.

Terdahulu, baginda dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menerusi perkongsian di Facebook turut mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. - Getaran, 10 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula