web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ahmad Maslan Garis 7 Langkah Tangani Hutang Negara

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 7:03AM

Ahmad Maslan berkata, aspek pertama yang perlu dibuat untuk mengurangkan hutang negara adalah dengan menambah pendapatan kerajaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hutang negara yang kini mencecah RM1.5 trilion termasuk liabiliti boleh dikurangkan menerusi pelaksanaan tujuh langkah.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, aspek pertama yang perlu dibuat untuk mengurangkan hutang negara adalah dengan menambah pendapatan kerajaan.

Menurut beliau, ia harus disusuli dengan langkah bersifat pencegahan mengurangkan ketirisan seperti rasuah.

“Kerajaan juga perlu memperketat aspek penguatkuasaan seperti menghapuskan penyeludupan yang membawa kerugian besar terhadap negara,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Jelas Ahmad, langkah keempat perlu melibatkan pengurangan ekonomi gelap, manakala kelima, meningkatkan pendigitalan ekonomi.

“Keenam, elakkan segala bentuk pembaziran dan ketujuh subsidi perlu (diberikan secara) bersasar,” katanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pontian itu tidak menghuraikan secara terperinci kesemua langkah yang digariskannya.

Langkah menangani hutang negara tersebut dikeluarkan susulan pendedahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin, mengenai jumlah hutang negara yang sudah mencecah RM1.5 trilion termasuk liabiliti.

Kedudukan hutang negara terkini, menurut Perdana Menteri sudah mencecah melebihi 80 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Masalah hutang negara kini sudah mencecah RM1.2 trilion dan jika ia termasuk liabiliti, ia menjadi RM1.5 trilion,” katanya. - Getaran, 19 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

2

Politik 7 bulan yang lalu

UMNO Tidak Perlu Pujuk Ahli Parlimen Pembangkang Sokong PM - Ahmad Maslan

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Kastam Kelantan Rekod Hasil Hampir RM100 Juta Setakat Julai - Ahmad

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Nilai Aset Kerajaan Persekutuan Melebihi RM1 Trilion Setakat Ini - Ahmad

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Ramlan Harun Dilantik Pengerusi SPR Baharu

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih

Semasa 22 jam yang lalu

Agong Berkenan Persembah Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Kepada Sultan Brunei