web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bekas Pengurus Kewangan Didakwa Terlibat Pengubahan Wang Haram Berjumlah RM28 Juta

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 2:23PM

Bekas pengurus kewangan sebuah syarikat peralatan muzik Foo Yong Xian, 35, (tengah) didakwa di dua Mahkamah Sesyen hari ini atas 22 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM28 juta - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang bekas pengurus kewangan sebuah syarikat peralatan muzik didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 22 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM28 juta.

Foo Yong Xian, 35,  mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir dan Hakim Norazlin Othman.

Di hadapan Muhamad Anas, tertuduh didakwa atas 10 pertuduhan menerima dan melupuskan wang berjumlah RM9.6 juta manakala di hadapan Norazalin, lelaki itu dituduh atas 12 pertuduhan memindah dan melupuskan wang berjumlah RM18.4 juta.

Kesemua perbuatan terhadap wang hasil daripada aktiviti haram itu didakwa dilakukan menerusi cek dan pemindahan dalam talian akaun milik syarikat peralatan muzik tersebut ke dalam akaun miliknya dan beberapa akaun syarikat lain.

Foo dituduh melakukan semua perbuatan itu di dua cawangan bank di Bangsar dan Bandar Puteri Puchong pada Februari 2018 hingga Disember 2020.

Pertuduhan dikemukakan mengikut subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zulfadli Mohd Nawawi manakala tertuduh diwakili peguam Tuw Min Ric.

Kedua-dua mahkamah membenarkan jaminan berjumlah RM154,000 bersama dua penjamin dan tertuduh diarahkan melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.

Kes di hadapan Muhamad Anas dibenar dipindah untuk dibicarakan bersama di  hadapan Norazlin pada 22 Mac depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Pengubahan Wang Haram RM5.59 Juta, Wan Saiful Terima 18 Pertuduhan

2

TARA 1 tahun yang lalu

Terkait Isu 'Scammer', Akhirnya Jacqueline Fernandez Dibenarkan Ikat Jamin

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Ahli Perniagaan Mengaku Tidak Bersalah Ubah Wang Haram RM2.04 Juta

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Nicky Liow Mengaku Tidak Bersalah Terlibat Pengubahan Wang Haram

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Buli Siber Dibentang Ke Jemaah Kabinet Minggu Depan

Semasa 19 jam yang lalu

Allahyarham Mansor Puteh Pernah Derma Darah 631 Kali

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Tahan Pemilik Akaun TikTok Disyaki Ugut, Fitnah Pempengaruh Wanita

Semasa 8 jam yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM